hinge hood pin | cemat tukup engsel | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Cemat yang menghubungkan engsel dengan tukup. |
Dutch settle | enap Belanda | Kesenian | Hiasan Dalaman | Perabot yang mempunyai engsel di bahagian belakang supaya dapat direndahkan menjadi meja. Perabot ini terkenal pada abad ke-18 hingga abad ke-19. |
casement | daun tingkap kaca | Kesenian | Hiasan Dalaman | Tingkap kaca yang mempunyai engsel dan bingkai bergerak, sama ada ke arah luar atau dalam. Daun tingkap ini juga dikenali sebagai tingkap berbingkai. |
hood | tukup | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Penutup ruang enjin yang dipasang dengan engsel untuk memudahkannya dibuka dan ditutup. |
hood hinge base | tapak ensel tukup | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kawasan pengimpalan bintik pada engsel. |
P. armoire | armoire | Kesenian | Hiasan Dalaman | Almari dengan reka bentuk yang tinggi, berpintu dan dipasang dengan engsel dan kunci yang menarik, yang pada asalnya hanya digunakan untuk menyembunyikan senjata. Panel pintunya biasanya dipenuhi dengan ukiran. Pada zaman pertengahan, perabot ini dicat di bahagian luar, tetapi di bahagian dalamnya hanya dikemaskan dengan kertas dinding. Kini, perabot ini digunakan untuk menyimpan pakaian, barangan porselin atau meletakkan barangan rumah seperti televisyen. |
gate-leg table | meja kaki lipat | Kesenian | Hiasan Dalaman | Meja yang mempunyai kaki yang boleh dilipat, biasanya diperbuat daripada kayu oak. Permukaan atas meja pula boleh dilekatkan menjadi bahagian yang lebih besar menggunakan engsel. Meja ini muncul di England pada abad ke-16. |