certificate | perakuan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Dokumen elektronik yang ditandatangani secara digital oleh pihak yang berwibawa. Dokumen ini mengandungi maklumat tentang suatu entiti dan kekunci awam entiti tersebut. |
mole | mol | Kimia | Kimia Analisis | Amaun bahan yang mengandungi bilangan zarah yang sama dengan entiti atom yang wujud dalam 12 g isotop karbon 12(12C). Entiti ini mungkin atom, molekul, ion atau elektron. 1 mol sebarang zat mengandungi 6.023 x 1023 zarah. |
handshaking procedure | tatacara jabat tangan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Sesi dialog permulaan antara dua entiti yang ingin berhubung antara satu sama lain. Dalam sesi ini, protokol komunikasi ditentukan, seterusnya penukargantian identiti antara entiti yang berhubung serta pengesahan identiti dilakukan sebelum penukargantian data boleh berlangsung. |
new chemical entity (NCE) | entiti bahan kimia baru | Sains Kesihatan | Tiada | Bahan kimia baru dan terbitannya yang belum pernah didaftarkan. |
reference | rujukan | Kesusasteraan | Tiada | Hubung kait antara entiti linguistik dengan dunia hakiki. Dalam falsafah bahasa dan ilmu semantik, rujukan boleh difahami sebagai hubung kait simbolik antara ungkapan linguistik dengan sesuatu objek yang konkrit atau abstrak yang dilambangkan oleh ungkapan linguistik itu. Apa yang dilambangkan oleh ungkapan linguistik itu. Apa yang dilambangkan atau dirujuk oleh sesuatu kata di dunia nyata diistilahkan sebagai rujukan kata tersebut, contohnya rujukan bagi kata �kucing� ialah haiwan kucing dalam dunia nyata. Rujukan merupakan suatu aspek maksud yang perlu dibandingkan dan dibezakan dengan maksud konseptual atau maksud kognitif sesuatu kata. Maksud konseptual diistilahkan sebagai maksud denotasi yang tiada kaitan dengan dunia nyata tetapi hanya wujud secara abstrak dalam sistem bahasa. Imej mental sesuatu rujukan boleh disamakan dengan apa yang dilambangkan dalam istilah Saussure. |
criminal enterprise | perusahaan jenayah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Satu bentuk entiti yang melibatkan sekumpulan individu yang menggunakan jenayah secara terancang untuk mencapai matlamat keuntungan kewangan. Contohnya, aktiviti pengedaran dadah dan penyeludupan barang terlarang. |
product registration holder | pemegang pendaftaran produk | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Entiti sah yang mendapat kebenaran untuk memasarkan produk farmaseutikal dan herba. Pemegang pendaftaran produk herba bertanggungjawab terhadap semua aspek kualiti dan keselamatan produk serta pematuhan syarat-syarat pemasaran yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sinonim pemegang kebenaran pemasaran. |
product owner | pemilik produk | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Individu, syarikat atau entiti yang berdaftar sebagai pemilik formulasi dan proses pengilangan produk. |
enterprise crime | jenayah perusahaan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah yang dilakukan oleh entiti perniagaan dengan cara menggabungkan ciri-ciri perniagaan yang sah dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang untuk tujuan mengaut keuntungan. Jenayah ini dilakukan dengan cara menyembunyikan aktiviti yang menyalahi undang-undang di sebalik aktiviti perniagaan yang sah. Kadangkala, jenayah ini disebut juga sebagai jenayah sindiket dan jenayah terancang. Contohnya, aktiviti pengubahan wang haram yang dilakukan di sebalik aktiviti perniagaan yang sah seperti pinjaman wang berlesen. |
climate criminal | penjenayah iklim | Alam Sekitar | Tiada | Individu, perniagaan, negara atau entiti yang melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang secara langsung melalui aktiviti atau tindakan merosakkan alam sekitar. |