Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[én.tri] | اينتري

Definisi : (éntri) 1. perkara (butiran, maklumat, dll) yg dimasukkan ke dlm sesuatu senarai (rakaman dll): semua ~ disusun mengikut susunan abjad; 2. karya (ciptaan dll) yg dikemukakan utk menyertai sesuatu pertandingan dsb: drpd beratus-ratus ~ cerpen, hanya 13 buah sahaja yg berjaya memenangi hadiah anjuran ESSO-GAPENA; 3. kata atau ungkapan utama dlm kamus yg disusun mengikut urutan abjad yg disertai takrif dan maklumat lain spt kelas kata, etimologi dsb, kata masukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[én.tri] | اينتري

Definisi : /éntri/ kata atau ungkapan utama dlm kamus yg disusun mengikut urutan abjad yg disertai takrif dan maklumat lain spt sebutan, kelas kata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata entri


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cataloguing rulesundang-undang pengkataloganPerpustakaanTiadaSatu set peraturan sebagai panduan kepada para pengkatalog dalam menyediakan entri-entri untuk katalog bagi memastikan keselarasan dalam pemprosesannya termasuklah peraturan untuk pengkatalogan perkara, dan memfail serta menyusun entri-entri.
author cataloguekatalog pengarangPerpustakaanTiadaKatalog abjad bagi entri-entri pengarang dan entri tambahan pengarang seperti editor, penterjemah, pengarang bersama, badan korporat, perkataan pertama bagi judul atau sebarang perkataan atau nama yang digunakan sebagai tajuk untuk entri utama.
card cataloguekatalog kadPerpustakaanTiadaKatalog yang mengandungi entri-entri pada kad-kad yang berasingan yang disusun menurut susunan tertentu di dalam laci.
cumulated volumenaskhah terkumpulPerpustakaanTiadaPenerbitan yang mengandung entri-entri untuk bibliografi, katalog, indeks, dan lain-lain yang sebelumnya wujud di dalam bahagian-bahagian yang diterbitkan secara berkala dan dikumpulkan dalam satu urutan.
classified cataloguekatalog berkelasPerpustakaanTiadaKatalog yang mengandungi entri-entri yang disusun menurut susunan berkelas secara logik dan sistematik yang dapat menunjukkan heirarki di antara subjek.
automatic assignment indexingpengindeksan penentuan automatikPerpustakaanTiadaProses menggunakan mesin untuk menentukan entri-entri indeks dari segi teks sesuatu dokumen.
automatic derivative indexingpengindeksan hasil automatikPerpustakaanTiadaProses menggunakan mesin untuk memetik, atau menghasilkan entri-entri indeks daripada teks dokumen tanpa gangguan manusia apabila sahaja peraturan berprosedur atau program telah dirumuskan.
chain proceduretatacara berangkaiPerpustakaanTiadaMenggunakan hierarki berangkai sesuatu subjek bagi menghasilkan tajuk perkara dan rujukan atau entri-entri indeks secara berperaturan.
bibliographic processingpemprosesan bibliografiPerpustakaanTiada1. Kerja rutin seperti mengecap, melabel, memberi nombor, dan sebagainya.,2. Penyediaan entri-entri indeks daripada buku, makalah jurnal atau butiran lain tentang maklumat, secara manual atau melalui sistem elektronik.,3. Tugas yang berkaitan dengan deskripsi, penyusunan dan pemuliharaan bahan-bahan arkib yang diusahakan untuk memudahkan penggunaan dokumen.
corporate entryentri korporatPerpustakaanTiadaEntri katalog sama ada entri utama atau entri tambahan yang memuatkan karya-karya yang diterbitkan oleh kerajaan, jabatan kerajaan, badan-badan lain, persatuan, institusi atau lain-lain yang entri tersebut disediakan di bawah nama penerbitnya.
12345678910...

Kembali ke atas