Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[én.zim] | اينزيم

Definisi : (énzim) (Bio) bahan kimia yg terdapat di dalam benda hidup (tumbuhan, haiwan, dll) yg menyebabkan perubahan kpd bahan kimia lain tetapi tidak pada dirinya sendiri: air liur mengandungi ~ yg boleh menghancurkan kanji dlm makanan utk dijadikan gula yg boleh larut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[én.zim] | اينزيم

Definisi : /énzim/ ist bahan protein yg dikeluarkan oleh sel-sel hidup dan dpt bertindak sbg mangkin dlm tindak balas kimia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata enzim


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tyrosinase inhibitory assaycerakin perencat tirosinaseHerbaPemiawaianProsedur yang dilakukan untuk melihat potensi ekstrak herba yang boleh merencat enzim tirosinase. Enzim ini merupakan enzim utama penghasilan melanin, iaitu pigmen kulit yang melindungi sinar ultralembayung dan kerosakan kulit. Cerakin ini dapat menentukan potensi ekstrak herba bagi tujuan kosmetik, iaitu mengurangkan kesan antipenuaan dan memutihkan kulit. Contohnya, ekstrak akueus pegaga (Centella asiatica) dapat merencat aktiviti enzim tirosinase dengan menggunakan kaedah cerakin perencat tirosinase.
trombintrombinKejururawatanTiadaEnzim yang dihasilkan daripada protrombin, yang mengubah fibrinogen kepada fibrin. Enzim ini penting dalam proses penggumpalan darah.
xanthine oxidasexantina oksidaseHerbaTiadaSesuatu enzim flavoprotein pemangkin pengoksidaan purina tertentu yang menghasilkan asid urik dan menyumbang kepada penyakit gout dan batu karang. Terdapat beberapa herba seperti kacip fatimah dan misai kucing yang boleh merencat aktiviti enzim ini.
peptidyl transferasepeptidil transferaseFarmasiTiadaEnzim yang terdapat dalam lintasan metabolik glutation yang kumpulan glutamilnya dipindahkan daripada suatu baki asid amino kepada suatu peptida glutamil kepada mana-mana asid amino kecuali prolina untuk membentuk dipeptida glutamil yang baru. Enzim ini berguna dalam pengangkutan asid amino dan dalam diagnosis jaundis obstruktif.
enzymeenzimPertanian OrganikTanaman Makanan-
amylaseamilaseKejururawatanTiadaEnzim yang terdapat dalam air liur dan jus pankreas. Ia memangkinkan penguraian kanji kepada glukosa, maltosa, dan dekstrin.
peptidyl transferasepeptidil transferaseFarmasiTiadaEnzim yang memangkin pembentukan ikatan peptida dalam biosintesis protein dan peptida.
trombolysistrombolisisKejururawatanTiadaPemecahan bekuan darah dengan pemberian infusi enzim streptokinase.
biosensorbiopenderiaFizikNanoteknologiPeranti untuk mengesan analit yang menggabungkan komponen biologi dengan komponen pengesan fisikokimia. Biopenderia mengandungi beberapa komponen unsur peka secara biologi seperti tisu, mikroorganisma, organel, sel reseptor, enzim antibodi dan asid nuklid. Unsur peka dapat dibuat secara rekayasa biologi. Contoh biopenderia yang digunakan secara komersial ialah biopenderia glukosa darah yang menggunakan enzim untuk memecah glukosa darah. Peranti tersebut dapat memindahkan elektron ke elektrod dan menentukan kepekatan glukosa darah.
acrosomeakrosomKejururawatanTiadaStruktur khusus di kepala sperma, yang mengandungi enzim untuk menembusi lapisan ovum dan memudahkan persenyawaan.
12345

Kembali ke atas