epidemiology | epidemiologi | Perikanan | Akuakultur | Kajian tentang perkaitan pelbagai faktor yang mempengaruhi kejadian penyakit ikan dan taburannya untuk mengenal pasti status penyakit dan seterusnya membangunkan program pencegahan dan kawalan penyakit tersebut. |
epidemiology | epidemiologi | Kejururawatan | Tiada | Kajian berkaitan dengan penyakit dengan tujuan untuk mencari cara mengawal dan mencegah pada masa yang akan datang. |
epidemiological features | ciri epidemiologi | Perubatan | Tiada | Ciri-ciri tentang perkaitan berbagai-bagai faktor yang menentukan kekerapan dan keleluasan penyakit dalam sesuatu komuniti, seperti contoh gejala dan tanda-tanda penyakit. |
epidemiology data | data epidemiologi | Perubatan | Tiada | Pemerhatian pelbagai faktor bukan eksperimen, termasuk tahap pendedahan populasi dan nilai kesan kesihatan sampel. Data ini merupakan penunjuk untuk mengenal pasti defisit dan masalah dalam sistem penjagaan kesihatan, dan menjadi panduan dalam perancangan perkhidmatan dan peruntukan sumber. |
index patient | pesakit pemula | Kesihatan Awam | Tiada | Pesakit yang pertama dilaporkan dalam epidemik sesuatu penyakit berjangkit dalam sesuatu populasi, kawasan atau keluarga, atau pesakit yang pertama direkodkan dalam kajian epidemiologi. |
International Classification of Disease (ICD) | Klasifikasi Penyakit Antarabangsa (ICD) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Standard diagnostik yang memberikan huraian dan senarai lengkap mengenai pelbagai jenis penyakit, kecederaan dan keadaan kesihatan yang berkaitan untuk kegunaan epidemiologi, klinikal, penyelidikan dan pengurusan kesihatan. Standard ini memudahkan data kesihatan disimpan, dianalisis dan disemak semula untuk memantau insidens dan prevalens sesuatu penyakit serta memperoleh keputusan berasaskan bukti. |