Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.pi.fit] | ايڤيفيت

Definisi : (épifit) (Bio) tumbuhan herba yg menggunakan tumbuhan lain atau benda (spt dinding bangunan) utk mendapatkan sokongan fizikal (tanpa mendapatkan makanan drpd tumbuhan yg ditumpangi), mis anggerik, lumut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.pi.fit] | ايڤيفيت

Definisi : /épifit/ ist tumbuhan (spt orkid, lumut) yg menumpang pd tumbuhan lain atau benda (spt dinding bangunan), tetapi tidak mendapatkan makanan drpd tumbuhan yg ditumpanginya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata epifit


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
epiphyteepifitBiologiEkologiTumbuhan yang mendapatkan ruang dan cahaya secara melekatkan dirinya pada cabang pokok lain atau tempat lain, seperti dinding bangunan. Di hutan pamah, epifit yang paling kerap ditemui ialah Asplenium nidus, dan Platycerium coronarium, kedua-duanya spesies paku pakis. Dihutan gunung pula, epifit yang kerap ditemui adalah daripada famili orkid, misalnya Eria, dan Bulbophyllum spp. Sinonim tumbuhan udara.
ectocommensalektokomensalBiologiEkologiKomensal yang memperoleh makanan bukan daripada organisma yang satu lagi, misalnya sesetengah epifit, seperti orkid yang tumbuh di atas cabang pokok yang menggunakan pokok hanya sebagai tempat melekat. Epifit ini membuat makanan sendiri melalui fotosintesis, tanpa merosakkan perumah. Lihat juga endokomensal.
epiphyteepifitGeografiTiadaTiada
epiphyticepifitPertanianTiadaTiada
epiphyteepifitPerhutananTiadaTiada
epiphyticepifitKejuruteraanTiadaTiada
epiphyteepifitBiologiUmumTiada
epiphyteepifitHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan yang hidup pada pokok lain tetapi tidak menarik atau mengambil makanan daripada pokok yang ditumpang. Contohnya, paku langsuyar (Asplenium nidus), tanduk rusa (Platycerium sp.), anggerik hujan (Dendrobium cruminatum) dan tepus terbang (Hedychium longicornutum).
epiphyteepifitPerhutananPengurusan HutanTumbuhan yang mendapat ruang dan cahaya matahari secara mengakar pada batang tumbuhan lain atau tempat lain seperti dinding. Contohnya paku pakis.
epiphyteepifitBotaniTiadaTumbuhan yang menumpang hidup pada pokok lain, tetapi tidak menyerap air dan makanan daripada pokok yang ditumpangi. Contohnya, sebahagian spesies orkid, lumut dan paku pakis.
123

Kembali ke atas