Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[e.rat] | ارت

Definisi : 1. kemas, ketat, kuat-kuat, tidak longgar (genggaman, ikatan dll): Amiruddin menggenggam tangan Hawa ~; di sisinya duduk isterinya menggendong anaknya yg masih ~ menyusu; 2. kukuh, teguh (janji dll), rapat, mesra, karib (hubungan, persahabatan, dll): ia memegang nasihat itu dgn ~nya; perhubungan antara rakyat dan kerajaan tetap ~;mengeratkan 1. menjadikan (genggaman, ikatan, dll) erat: sebelum sempat ~ rangkuman tangan, kedengaran ia mencegah; 2. menjadikan erat (rapat) persahabatan, pertalian, dll; mempererat menjadikan lebih erat: menggunakan sukan sbg alat utk ~ tali persahabatan; dia mempelopori usaha ~ kerjasama antara Britain dan Amerika;keeratan keteguhan, kekariban (dlm persaudaraan, ikatan, dll): saudara-mara berjabat tangan melambangkan ~ persatuan kita umat Islam; pengerat seseorang atau sesuatu yg meng­eratkan: ~ hubungan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[e.rat] | ارت

Definisi : 1 tidak mudah lepas; tidak longgar (bkn ikatan atau pegangan); kuat-kuat: Anak itu memegang tangan ibunya dgn ~. 2 tetap, tidak berubah (bkn janji); rapat atau karib benar (bkn persahabatan, hubungan dll): Persahabatan mereka berdua itu sangat ~. mengeratkan 1 menjadikan erat (bkn ikatan, genggaman dll); menguatkan; meneguhkan. 2 menjadikan erat atau rapat (bkn persahabatan dll); merapatkan. mempererat 1 menjadikan lebih erat (bkn ikatan, genggaman dll). 2 menjadikan lebih erat atau lebih rapat (bkn persahabatan dll): Projek gotong-royong itu akan ~ hubungan antara penduduk kampung. keeratan keadaan erat; keteguhan; kerapatan; kekariban. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata erat

Peribahasa

Menggenggam erat,
     membuhul mati.

Bermaksud :

Perjanjian harus dibuat dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengebat erat-erat, membuhul mati-mati).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cohesionkohesiKesusasteraanPuisiHubungan erat antara satu baris dengan satu baris yang Iain, ataupun antara satu rangkap dengan satu rangkap yang lain.
leitmotifleitmotifKesusasteraanPuisiTema yang terdapat dalam sesebuah puisi yang berhubung erat dengan situasi, atmosfera, watak dan pemikiran penyair.
triadtriadKesusasteraanTiada1. Kelompok yang terdiri daripada tiga orang, gagasan atau objek yang erat hubungan. 2. Dalam puisi, tiga stanza lirik: strof, antistrof dan epode.
focuspemusatanKesusasteraanPuisiTumpuan penyair terhadap sesuatu situasi atau gagasan, dan menarik penghayatan pembaca terhadap tumpuan tersebut. Dalam puisi ini taman yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga melambangkan pelbagai kaum. Contohnya, daripada puisi "Titisan Darah di Tanah Indah" karya A. Samad Said. Sinonim focus. Dalam taman hak kami berkembang puspa yang wangi aneka ragam jenisnya menghiasi persada Bunda biar bersatu segala-galanya erat berpadu sejiwa biar semerbak baunya mengharumi seluruh benua!

Kembali ke atas