Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.ro.tik] | ايروتيک

Definisi : (érotik) membangkitkan nafsu syahwat, mengghairahkan, memberahikan: penjualan majalah lucah yg penuh dgn gambar yg ~ hendaklah dicegah segera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata erotik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
erotic poetrypuisi erotikKesusasteraanPuisiPuisi yang tema serta sifatnya mengandungi unsur-unsur keberahian. Contohnya, ke Teluk sudah ke Siam sudah, ke Makkah juga yang belum lagi. kupeluk sudah kucium sudah, nikah saja yang belum lagi.
penny dreadfulcerita picisanKesusasteraanTiadaCerita popular, murahan dan sering disampaikan secara bersiri. Cerita picisan tidak memperlihatkan nilai seni yang tinggi. Cerita ini biasanya memaparkan tema sensasi seperti jenayah dan keganasan. Kadang-kadang cerita picisan memaparkan persoalan cinta murahan yang berbaur erotik dan sebagainya. Cerita picisan melecehkan tradisi naratif gotik dan fantasi. Lihat juga fantasi, gotik.
platonismplatonismeKesusasteraanTiadaDoktrin dan fahaman idealistik yang berasal daripada dialog Plato, ahli falsafah Yunani. Socrates merupakan watak utama dalam sebahagian besar dialog ini. Diketahui umum bahawa Plato tidak mementingkan peranan penyair dan mengatakan fikiran mereka menyeleweng dan mengganggu fikiran rasional. Malah, dalam karyanya berjudul Republic, beliau menyatakan bahawa penyair harus dibuang dari negara ideal. Namun, beberapa aspek Plationisme dianggap penting dan terserap luas dalam kesusasteraan Barat. Dalam karya berjudul Republic (Buku VIII), terdapat imej gua Plato yang terkenal. Menurut Platonisme, dunia zahir merupakan dunia yang hanya wujud dalam perasaan dan tanggapan manusia sahaja. Sebaliknya, idea atau bentuk adalah realiti yang sebenar, abadi dan transenden. Dalam karya berjudul Dialogues, Plato berulang kali menggesa manusia mencari dan mengungkapkan idea keadilan, cinta, keberanian, persahabatan, dan akhlak mulia. Plato menegaskan bahawa objek zahir hanyalah tiruan dan wakil daripada idea tentang objek tersebut yang kekal abadi. Maka, hanya idea yang dapat membekalkan ilmu pengetahuan sebenar kepada manusia. Doktrin ini merupakan asas kepada keseluruhan aliran falsafah yang dikenali sebagai Platonisme dan Neoplatonisme. Platonisme cukup berpengaruh di Barat hingga mempesonakan beberapa penyair besar, terutamanya Percy Bysse Shelley yang sentiasa merujuk kepada dunia unggul yang melangkaui dunia harian. Platonisme turut mempengaruhi Spenser, Ralph Waldo Emerson, dan Willian Wordsworth. Bagi pengikut Plato dan Platonisme, keindahan dunia adalah bayangan kepada keindahan lain yang abadi dan sempurna. Idea inilah yang menimbulkan konsep cinta platonik. Bagi seorang kekasih menurut Platonik, pemujaan keindahan fizikal kekasihnya memulakan suatu pergerakan menaik yang menuju kepda keindahan ideal di peringkat kejiwaan dan berakhir dengan visi suci yang penuh dengan rahmat Tuhan. Konsep ini meresapi puisi cinta Zaman Pertengahan dan Zaman Pembaharuan. Konsep ini turut menyatakan situasi yang sesuai untuk cinta erotik dalam agama Kristian. Kini, ungkapan cinta platonik lebih popular sebagai cinta tanpa seks. Hal ini menjatuhkan dan menurunkan makna asal definisi falsafah dan tatalaku yang serius. Lihat juga gua Plato.

Kembali ke atas