provincial estates | estet wilayah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Aset atau harta milik sesebuah negara yang terletak di kawasan yang berjauhan dari pusat pemerintahan negara tersebut. Estet ini menjadi aset yang amat penting kepada pembangunan ekonomi dan memberi sumbangan besar kepada pendapatan negara. Contohnya, ladang kelapa sawit di Papua New Guinea merupakan estet wilayah Malaysia. |
industrial estate | estet industri | Ekonomi | Tiada | Kawasan yang dirancang dan dimajukan untuk kegiatan perkilangan. Dalam kawasan tersebut semua kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, dana jalan raya disediakan oleh kerajaan. Misalnya, estet industri Senawang di Negeri Sembilan, Petaling Jaya dan Shah Alam di Selangor, dan Mak Mandin di Seberang Prai. Sinonim kawasan industri. |
estate | estet | Ekonomi | Tiada | Kawasan tanaman pertanian seperti tanaman getah, kepala sawit, dan koko yang luasnya melebihi 40.5 hektar (100 ekar). Kawasan tanaman pertanian yang kurang daripada 40.5 hektar disebut kebun kecil. |
life estate | estet hayat | insurans | Tiada | Kepentingan pajakan bebas ke atas tanah yang tempohnya dihadkan kepada seseorang atau lebih atau tertakluk kepada berlakunya sesuatu peristiwa. |