oestrogen | estrogen | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Salah satu hormon seks mamalia betina. Hormon estrogen dikelaskan sebagai steroid dan merupakan hormon penting dalam pembentukan dan pertumbuhan fizikal serta pembangunan ciri seks mamalia betina. Estrogen juga membantu mengawal kitaran seks (haid dan estrus) dan pembiakan mamalia betina. Hormon ini dihasilkan di ovari, sel lemak dan kelenjar adrenal. |
oestrogen | estrogen | Herba | Fitoterapi | Hormon seks wanita yang bertanggungjawab dalam pengawalan dan perkembangan sistem reproduktif; ciri-ciri seks sekunder. |
estrogenic | estrogenic | Herba | Pemiawaian | Ekstrak herba yang mampu bertindak seumpama tindak balas hormon estrogen. Contohnya, ekstrak kacip fatimah (Marantodes pumilum). |
antigonadotrophic | antigonadotrofik | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang dapat menghalang atau menyekat aktiviti fisiologi hormon ganadotrofin yang khusus seperti ketakseimbangan androgen, estrogen, dan progesteron dalam badan. Contohnya, ekstrak kacip fatimah (Marantodes pumilum) yang bersifat antigonadotrofik. |
ovary | ovari | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Sebahagian daripada organ pembiakan betina yang merupakan tempat penghasilan ovum serta tempat mensintesis hormon estrogen dan progesteron. Ovari terletak di rongga pelvis betina. |
oestrus induction | pengaruhan estrus | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kaedah yang dilakukan ke atas haiwan betina untuk merangsang estrus. Rangsangan ini akan menyebabkan haiwan berada dalam fasa estrus dan membolehkannya mengawan. Suntikan hormon seperti estrogen dan gonadotropin biasanya digunakan untuk merangsang estrus pada haiwan. |