Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (éstrogen) (Bio) hormon seks yg merangsang perubahan pd organ pembiakan betina dan perkembangan ciri-ciri seks sekunder pd mamalia betina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /éstrogen/ ist hormon seks yg merangsang perkembangan dan pemeliharaan ciri-ciri sekunder seks betina mamalia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata estrogen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
estrogenestrogenBiologiFisiologiBahan asli buatan yang mengaruh aktiviti estrogenik terutama hormon estrogenik seperti estradiol dan estron yang dihasilkan oleh ovari. Estrogen mempengaruhi perkembangan ciri seks sekunder dan perubahan berkitar pada epitelium vagina dan endotelium uterus.
estrogen replacement therapyterapi penggantian estrogenKejururawatanTiadaRawatan pemberian hormon estrogen untuk mengekalkan paras estrogen dalam tubuh.
estrogenestrogenPerubatanTiadaSebarang hormon steroid yang mempunyai aktiviti estradiol, dihasilkan oleh ovari dan plasenta, testis dan korteks adrenal, dan diperlukan untuk perkembangan ciri-ciri seks sekunder perempuan. Hormon ini mempengaruhi alat genitalia perempuan supaya menghasilkan sekitaran yang sesuai untuk persenyawaan, implantasi dan pembekalan nutrien untuk embrio awal. Estrogen digunakan sebagai salah satu juzuk ubat pencegah hamil oral, dan untuk meringankan gejala kanser buah dada atau kanser prostat. Antara kegunaan lain termasuklah melegakan kegelisahan putus haid, menghalang pengeluaran susu, dan juga menghalang keguguran terancam.
estrogenestrogenPertanianTiadaTiada
estrogenestrogenPerubatanTiadaSebarang hormon steroid yang mempunyai aktiviti estradiol, dihasilkan oleh ovari dan plasenta testis dan korteks adrenal, dan diperlukan untuk perkembangan ciri-ciri seks sekunder perempuan.
estrogenestrogenPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
estrogenestrogenPerubatanTiadaSebarang hormon steroid yang mempunyai aktiviti estradiol. Hormon ini mempunyai pelbagai fungsi terutama untuk perkembangan ciri-ciri seks sekunder perempuan.
estrogenestrogenKimiaBiokimiaHormon seks betina yang terbentuk di dalam ovari, testis, korteks adrenal atau unit fetopia sental, dan bertanggungjawab dalam perkembangan ciri seks sekunder betina, seperti pengendapan lemak, perkembangan buah dada dan sebagainya.
hormone replacement therapyterapi penggantian hormonPerubatanTiadaTerapi yang menggunakan hormon estrogen sintetik sebagai pengganti estrogen yang berkurangan atau hilang dalam badan yang disebabkan oleh menopaus, radioterapi atau ovariektomi. Terapi ini akan mengurangkan gejala kekurangan estrogen dan menghalang osteoporosis. Ia juga perlu diambil secara berterusan.
oestrogenestrogenPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSalah satu hormon seks mamalia betina. Hormon estrogen dikelaskan sebagai steroid dan merupakan hormon penting dalam pembentukan dan pertumbuhan fizikal serta pembangunan ciri seks mamalia betina. Estrogen juga membantu mengawal kitaran seks (haid dan estrus) dan pembiakan mamalia betina. Hormon ini dihasilkan di ovari, sel lemak dan kelenjar adrenal.
123456

Kembali ke atas