Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[és.trus] | ايستروس

Definisi : (éstrus) (Bio) tempoh berlakunya pem­bentukan ovum pd haiwan betina (tempoh ini berbeza-beza antara spesies haiwan yg berlainan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[és.trus] | ايستروس

Definisi : /éstrus/ ist tempoh berlakunya pembentukan ovum bagi haiwan betina. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata estrus


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
oestrusestrusPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSalah satu fasa yang terdapat dalam kitaran estrus. Estrus merupakan tempoh berulang kesuburan dan seksual pada haiwan mamalia betina. Pada peringkat ini, haiwan betina akan bersedia menerima haiwan jantan untuk mengawan. Tempoh estrus berbeza mengikut spesies haiwan. Contohnya, purata tempoh estrus bagi lembu ialah 18 jam, kambing 40 jam dan anjing 8 hari.
heat periodtempoh estrusPenternakanGenetik dan PembiakbakaanJangka masa haiwan betina menunjukkan tanda dan tingkah laku estrus. Tempoh estrus lazimnya berlaku sebelum ovulasi dan ini merupakan masa yang paling subur untuk persenyawaan.
oestrus inductionpengaruhan estrusPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKaedah yang dilakukan ke atas haiwan betina untuk merangsang estrus. Rangsangan ini akan menyebabkan haiwan berada dalam fasa estrus dan membolehkannya mengawan. Suntikan hormon seperti estrogen dan gonadotropin biasanya digunakan untuk merangsang estrus pada haiwan.
oestrus detection aidalat bantu pengesanan estrusPenternakanGenetik dan PembiakbakaanPeralatan yang digunakan untuk mengesan estrus haiwan betina. Contoh peralatan ini adalah seperti alat penanda bebola dagu, pengesan estrus panjat dan abah-abah pengesan estrus. Peralatan ini diletakkan sama ada pada haiwan betina ataupun jantan.
oestrus synchronisationpengsinkronian estrusPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKaedah untuk menyebabkan peringkat estrus sekumpulan haiwan betina berlaku serentak. Pengsinkronian estrus dilakukan dengan memberikan hormon kepada haiwan betina. Kaedah ini dilaksanakan pada ternakan seperti lembu bagi memudahkan pembiakan menggunakan teknik permanian beradas. Kaedah ini juga digunakan untuk mendapatkan tempoh beranak yang serentak bagi memudahkan pengurusan haiwan.
oestrus detectionpengesanan estrusPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKaedah pengesanan masa seksual pada haiwan betina. Pengesanan estrus dapat menentukan masa yang sesuai untuk pengawanan haiwan betina tersebut. Pengesanan estrus juga membolehkan kaedah pembiakan seperti permanian beradas (AI) dilakukan pada haiwan betina. Sinonim pengesanan berahi.
oestrus cyclekitaran estrusPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSalah satu kitaran seks yang ditunjukkan oleh haiwan mamalia betina kecuali primat. Kitaran ini mempunyai beberapa fasa seperti proestrus, estrus, metestrus dan diestrus. Contoh haiwan yang mengalami kitaran estrus ialah kucing, kuda dan lembu.
anestrusanestrusPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKeadaan ketidakaktifan seks antara dua kitaran estrus pada mamalia betina. Ovari tidak aktif semasa anestrus. Haiwan betina yang tidak menunjukkan sebarang tanda estrus bagi tempoh yang panjang selepas melahirkan anak sering dikaitkan sebagai anestrus. Di kawasan iklim sederhana, tempoh anestrus yang berlaku pada setiap tahun bagi kucing, kuda, biri-biri, kambing dan beberapa spesies lain agak panjang. Di kawasan tropika seperti Malaysia, anjing mengalami anestrus yang panjang.
teaser bulllembu jantan pengacahPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHaiwan jantan yang digunakan sebagai pengesan estrus lembu betina tanpa permanian. Pelbagai kaedah dilakukan ke atas lembu jantan pengacah sebelum proses mengesan estrus dilaksanakan seperti pemakaian apron, vasektomi atau epidimektomi.
heat detectionpengesanan berahiPenternakanGenetik dan PembiakbakaanLihat pengesanan estrus.
12

Kembali ke atas