Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.ti.ka] | ايتيکا

Definisi : (étika) 1. ilmu bkn prinsip-prinsip akhlak atau moral; 2. prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan, dll); ~ perubatan nilai dan garis panduan yg harus dipatuhi oleh para doktor dlm pengamalan perubatan masing­-masing; beretika mempunyai atau berpegang kpd etika, berakhlak, bermoral: amalan yg tidak ~ itu perlu dihentikan segera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.ti.ka] | ايتيکا

Definisi : /étika/ prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun dsb) yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia: ~ perubatan nilai dan garis panduan yg harus dipatuhi oleh para doktor dlm mengamalkan ilmu perubatan masing-masing. beretika mempunyai etika atau berpegang pd etika: Amalan yg tidak ~ itu mesti dihentikan segera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata etika


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
netiquettenetikaTeknologi Maklumate-PembelajaranEtika dalam Internet. Etika ini melibatkan kod atau kaedah tingkah laku yang sesuai semasa berinteraksi dalam Internet sama ada melalui e-mel, sembang-sembang atau ketika menggunakan kumpulan Usenet. Contohnya, menaip mesej dengan menggunakan huruf besar semuanya bermaksud anda menjerit dalam web. Pengguna tidak boleh menghantar e-mel kepada sembarang orang, terutamanya e-mel yang mengandungi mesej tidak munasabah atau yang tidak dimintanya.
deontological ethicsetika deontologiPendidikanTiadaSebarang etika yang menjadikan teori tanggungjawab tidak bergantung sepenuhnya kepada teori nilai. Penentuan tindakan itu betul, tidak bergantung kepada pertimbangan nilai.
intraprofessional ethicsetika antara professionalSains KesihatanTiadaPrinsip etika yang mempengaruhi tindakan antara profesional kesihatan.
Independent Ethics Committee (IEC)Jawatankuasa Etika Bebas (IEC)HerbaPeraturan dan PemasaranBadan bebas pada peringkat institusi atau kebangsaan yang bertanggungjawab untuk memastikan perlindungan hak, keselamatan dan kesejahteraan subjek manusia yang terlibat dalam ujian klinikal dan memberi jaminan kepada orang ramai mengenai perlindungan ini. Jawatankuasa Etika Bebas terdiri daripada ahli profesional perubatan atau ahli sains sahaja. Jawatankuasa ini bertindak menilai dan mengesahkan protokol ujian klinikal, kesesuaian penyelidik, kemudahan, kaedah dan bahan yang digunakan untuk mendapatkan dan mendokumenkan persetujuan termaklum yang diperoleh daripada subjek ujian klinikal.
nanoethicsnanoetikaFizikNanoteknologiBidang yang berkaitan dengan etika penggunaan nanoteknologi yang dapat memberikan implikasi buruk terhadap masyarakat, terutama mengenai keselamatan terhadap manusia dan hidupan lain serta kesan terhadap alam sekitar. Beberapa organisasi dari negara maju yang disokong oleh badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyediakan garis panduan etika penggunaan nanoteknologi termasuk yang melibatkan implikasi undang-undang.
nursing ethicetika kejururawatanKejururawatanTiadaPrinsip dan nilai tingkah laku serta kepercayaan kejururawatan semasa memberi perawatan kepada pesakit.
nursing code of ethicskod etika kejururawatanKejururawatanTiadaKenyataan bertulis tentang nilai profesion dan piawaian tingkah laku kejururawatan.
utilitarianismutilitarianismeKejururawatanTiadaTeori etika yang menekankan bahawa keputusan tindakan perlu diterima oleh masyarakat majoriti dan membawa pada kebenaran atau kebaikan.
deontologydeontologiKejururawatanTiadaTeori etika yang menekankan bahawa tindakan yang diambil adalah berdasarkan sesuatu peraturan dan prinsip-prinsip seperti kepercayaan keagamaan, sosial, peribadi dan undang-undang.
nursing professionprofesion kejururawatanKejururawatanTiadaProfesion yang memerlukan pengetahuan kejururawatan, kod etika dan berkaitan dengan hal-hal kemanusiaan dan bertanggungjawab terhadap amalannya.
123

Kembali ke atas