etiology | etiologi | Kesusasteraan | Tiada | Kajian tentang sebab-musabab. Etiologi juga merupakan pengisahan singkat dalam bentuk prosa atau puisi yang menceritakan asal usul tempat, orang, binatang, benda atau sesuatu kejadian alam. Etiologi merupakan salah satu bentuk sastera awal yang hidup dalam tradisi sastera rakyat sesebuah masyarakat. Etiologi memerihalkan sejarah asal usul sesuatu perkara mengikut kepercayaan masyarakat setempat. Dalam konteks masyarakat silam, sering kali cerita asal usul dikaitkan dengan unsur-unsur mitos dan legenda yang dipercayai berakar-umbi sejak turun-temurun. Cerita asal usul wujud dalam semua tradisi kesusasteraan di dunia. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, unsur etiologi paling ketara ditemui dalam kisah pembukaan kampung, pemberian nama sungai, gunung dan sebagainya. Sebahagian daripada cerita tersebut dikaitkan pula dengan mitos sumpahan, �Sang Gedembai�. Contoh unsur etiologi yang berkaitan dengan kejadian alam dapat dibaca melalui kisah tentang kejadian guruh, gempa, kilat, hujan dan sebagainya. Kisah asal usul binatang pula ditemui dalam cerita-cerita binatang seperti Mengapakah Harimau Mempunyai Belang? Mengapakah Ular Sawa Hilang Bisanya? Dan Mengapakan Burung Puyuh Tidak Berekor? Dalam cerita legenda Raja Bersiung, terdapat beberapa buah tempat di negeri Kedah yang dikaitkan dengan Raja Bersiung. |
aetiology | etiologi | Perikanan | Akuakultur | Kajian tentang punca dan penyebab penyakit, termasuklah faktor-faktor yang meningkatkan penularan, wabak dan jangkitan agen etiologi pada ikan. |
aetiological agent | agen etiologi | Perikanan | Akuakultur | Organisma yang menyebabkan penyakit ikan (perumah), contohnya bakteria, virus, parasit, kulat dan toksin. |
suspected case | kes disyaki | Kesihatan Awam | Tiada | Seseorang pesakit dengan jangkitan dan sekurang-kurangnya satu tanda atau gejala penyakit dan perlu dimasukkan ke hospital serta mempunyai sejarah perjalanan atau menetap di negara, kawasan atau sempadan yang dilaporkan penularan tempatan, tetapi tiada kajian tentang punca timbulnya penyakit secara klinikal (etiologi). |