euphoriant | agen euforia | Herba | Pemiawaian | Agen yang menyebabkan keriangan yang berlebihan. Contohnya, mitraginin dalam ekstrak daun ketum (Mitragyna speciosa) boleh menyebabkan euforia sekiranya diambil secara berlebihan. |
euphoria | euforia | Herba | Fitoterapi | Keadaan keriangan yang berlebihan dan kadang-kadang tidak berasas. |
euphoria | euforia | Perubatan | Psikiatri | Keriangan atau kegembiraan yang tidak normal atau berlebihan dan tidak berasas. |
sugar rush | dadak gula | Kesihatan | Tiada | Kegembiraan atau euforia yang disebabkan oleh pengambilan gula yang berlebihan. |
stimulant | perangsang/stimulan | Herba | Tiada | Herba yang meningkatkan kewaspadaan, kesedaran, tenaga dan rasa kesejahteraan. Selain merangsang sistem saraf pusat, sebahagian besar perangsang juga meningkatkan aktiviti sistem saraf simpatetik dan menjana rasa euforia. Perangsang meningkatkan tekanan darah, kadar degupan jantung dan pernafasan serta digunakan terutamanya untuk mengubati asma dan masalah pernafasan lain. Herba ini boleh digunakan sebagai bahan santai. Perangsang juga cenderung disalahgunakan untuk meningkatkan ketahanan dan produktiviti serta mengurangkan selera makan. Contoh herba ini ialah kopi, teh, koko, ganja, ketum, candu dan biji pala. |