Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.é.dah] | فاءيده

Definisi : (faédah) 1. guna, manfaat: apa ~nya mencintai orang yg tidak mencintai kita; 2. bayaran yg dikenakan atas pinjaman atau kredit, bunga: kakitangan kerajaan diberi pinjaman perumahan atas kadar ~ 4% setahun; ~ terakru faedah terkumpul yg belum dijelaskan; berfaedah berguna, bermanfaat, memberi keuntungan: nampaknya tidaklah ~ negara yg berjiran menentang satu sama lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fa.é.dah] | فاءيده

Definisi : /faédah/ 1 sesuatu yg mendatangkan kebaikan; guna: Buah kelapa banyak ~nya. 2 sejumlah wang yg diperoleh apabila menyimpan wang di sesebuah bank dll (utk jangka masa tertentu); bunga; laba; untung: Bank perdagangan memberikan kadar ~ yg tinggi utk wang simpanan para pelanggannya. 3 sejumlah wang yg perlu dibayarkan apabila meminjam wang dr bank dll: Kebanyakan bank mengenakan kadar ~ 10% utk wang yg dipinjamkannya. berfaedah mendatangkan faedah; memberikan kebaikan atau keuntungan; berguna: Tidak ~ lagi kita menunggu di sini kerana sudah sebegini lama, yg ditunggu tak kunjung tiba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata faedah

Peribahasa

Menuntut piutang lapuk.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
footloose industryindustri bebas letakPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaIndustri yang tidak bergantung kepada faedah-faedah lokasi.
cost-effectiveness analysisanalisis kos keberkesananPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPenilaian dan perbandingan jumlah perbelanjaan yang telah dilaburkan ke atas sesuatu projek dengan faedah- faedah dan pembaikan yang terhasil daripada projek tersebut.
accidental death benefitfaedah mati kemalanganinsuransTiadaFaedah tambahan yang bernilai sama atau lebih daripada faedah kontrak asal atau jumlah prinsipal. Faedah ini akan dibayar bersama-sama faedah lain apabila kematian berlaku disebabkan oleh sesuatu kemalangan.
hospital benefitfaedah hospitalinsuransTiadaFaedah yang dibayar apabila insured dimasukkan ke hospital. Faedah ini adalah untuk bayaran sewa bilik, makanan, ubat-ubatan dan lain-lain.
widow's benefitfaedah baluinsuransTiada1. Faedah insurans yang dikendalikan untuk balu oleh kerajaan. 2. Faedah dalam skim pencen bagi pekerja atau bagi mereka yang bekerja sendiri yang menyediakan pencen atau amaun yang dibayar sekali gus kepada balu ahli skim tersebut.
cost benefit analysisanalisis kos-faedahEkonomiTiadaKaedah yang digunakan untuk menilai keberuntungan sesuatu projek. Analisis ini melibatkan penilaian terhadap faedah sesuatu projek berbanding dengan kos pelaksanaannya. Analisis kos faedah melibatkan lima langkah, iaitu: i) Mengenal pasti semua kesan projek seperti perubahan tingkat output harga, pendapatan, dan persekitaran; ii) Membuat anggaran kuantitatif terhadap kesan tersebut; iii) Memberi nilai wang kepada kesan tersebut; iv) Menjumlahkan kesan-kesan tersebut mengikut masa melalui suatu pendekatan yang mendiskaunkan faedah dan kos masa depan; dan v) Menentukan kepekaan hasil kajian terhadap perubahan nilai pemboleh ubah dan parameter.
emergency benefitsfaedah kecemasaninsuransTiadaFaedah serta-merta yang diberikan kepada keluarga si mati sebelum bayaran yang muktamad dibuat.
quarantine benefitfaedah kuarantininsuransTiadaFaedah yang dibayar bagi kerugian masa disebabkan insured dikuarantin oleh pihak berkuasa kesihatan.
disability benefitfaedah hilang upayainsuransTiadaFaedah yang dibayar di bawah polisi pendapatan hilang upaya atau peruntukan daripada polisi lain seperti kontrak insurans hayat arau insurans kesihatan.
optional benefitfaedah opsyenalinsuransTiadalih.faedah elektif.
12345678910...

Kembali ke atas