Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.ha.man] | فهمن

Definisi : pengetahuan dlm fikiran mengenai sesuatu, pengertian: ~nya mengenai soal-soal politik negara agak cetek; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fahaman


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Fascismfahaman FasisSains PolitikHubungan AntarabangsaFahaman yang timbul sebagai reaksi penentangan terhadap sayap kiri selepas Perang Dunia Pertama. Dalam pengertian khusus, fahaman ini merujuk kepada sistem ketatanegaraan dan kemasyarakatan yang berbentuk diktator dan nasionalis. Fahaman ini diperkenalkan oleh Mussolini di Itali (1922 � 1943). Secara umumnya, fahaman ini juga merujuk kepada fahaman yang mirip dengan aliran yang diperkenalkan oleh Mussolini yang dianuti di negara lain di seluruh dunia, khususnya sebelum dan semasa Perang Dunia Kedua. Contoh negara yang pernah menganut fahaman ini ialah Jerman, Austria, Jepun, Romania, Brazil (pimpinan Vargas), Sepanyol (pimpinan Franco), Portugal (pimpinan Salazar) dan Argentina (pimpinan Peron). Para sarjana dan ahli teori berpendapat bahawa fahaman ini merupakan ideologi faham pelampau kanan yang merangkumi ras, agama, ekonomi, kebajikan sosial dan kepimpinan. Asas fahaman ini secara langsung dan secara khusus menentang komunisme, sosialisme dan liberalisme. Dalam konteks hubungan antarabangsa, fahaman ini
existentialismeksistensialismeKesusasteraanTiadaFahaman bercorak falsafah atau keagamaan. Fahaman ini menekankan kewujudan dan pembentukan diri manusia, berkaitan dengan sifatnya, tempat dan fungsinya dalam dunia, serta hubungannya dengan Tuhan. Fahaman ini dikembangkan dalam agama dan falsafah, namun unsur-unsurnya banyak meresap ke dalam kesusasteraan. Fahaman ini dimulakan oleh Soren Kierkegaard (1813-55) melalui karyanya Fear and Trembling (1843), The Concept of Dread (1844) dan Sickness Unto Death (1848). Kierkegaard cuba menangani masalah keresahan manusia dengan menampilkan idea bahawa �kewujudan menerusi Tuhan dan dalam Tuhan� boleh membawa kelegaan, bukannya keresahan dan kekecewaan. Oleh itu, manusia dapat mencapai ketenangan fikiran dan rohani. Idea ini berterusan dalampemikiran Kristian hingga abad ke-20. Pendukung utama eksistensialisme Kristian ialah Gabriel Marcel, seorang ahli falsafah dan dramatis yang dikatakan memperkenalkan fahaman eksistensialisme ke dalam falsafah Perancis. Pemikiran eksistensialisme selepas Kierkegaard dikembangk
zionismfahaman zionisSains PolitikHubungan AntarabangsaFahaman yang dibentuk pada tahun 1880-an. Fahaman ini menerangkan kesedaran nasionalis Yahudi yang berusaha menempatkan orang Yahudi di Palestin. Walaupun tidak semua orang Yahudi berfahaman zionis dan tidak semua mahu tinggal di Israel, namun mereka masih menyokong perjuangan Israel. Sinonim zionisme.
irredentismfahaman iredentaSains PolitikHubungan AntarabangsaFahaman yang lahir daripada pengasingan wilayah yang beretnik Itali dari Itali pada tahun 1870. Fahaman ini kemudiannya digunakan untuk merujuk kepada pergerakan dan aspirasi yang ingin mengambil semula wilayah yang dipercayai telah diasingkan walaupun wilayah tersebut mempunyai persamaan dari segi etnik dan bahasa.
isolationismfahaman pemencilanSains PolitikHubungan AntarabangsaFahaman yang menyokong dasar pemisahan diri dari dunia luar, yang pernah diamalkan oleh Amerika Syarikat pada suatu tempoh masa. Fahaman ini merujuk kepada sekumpulan ahli politik Amerika Syarikat yang mahukan negara tersebut tidak melibatkan diri dalam hal ehwal negara lain atau mengadakan sebarang perjanjian dengan negara lain.
equalitarianismfahaman kesamaanSejarahTiadaFahaman yang berpegang kepada prinsip persamaan hak kepada semua orang daripada segi agama, politik, sosial, ekonomi dan sebagainya dalam sesebuah masyarakat atau negara.
conceptial schoolfahaman konsepSejarahTiadaFahaman dalam filsafat yang berpegang kepada nominalisme, konsep-konsep dalam batin manusia yang merangkumi hal umum tidak terdapat dalam kenyataan.
anti-Semitismfahaman anti-YahudiSains PolitikHubungan AntarabangsaFahaman yang bermula di Jerman pada tahun 1880 yang menentang pengaruh Yahudi dalam pelbagai lapangan seperti ekonomi, politik, pendidikan, sosial dan kebudayaan. Di negara yang berfahaman ini, bangsa Yahudi sering dijadikan sasaran kebencian kerana prasangka agama, etnik dan psikologi. Kaum Yahudi didiskriminasikan dalam pelbagai bidang. Gerakan anti- Yahudi ini mencapai kemuncaknya di Eropah khususnya di Jerman pada akhir abad ke-19 apabila pihak Nazi pimpinan Hitler mengambil alih kepimpinan pada tahun 1933. Pada tahun 1935, Undang-Undang Nuremberg dilaksanakan yang melarang perkahwinan antara orang Yahudi dengan orang Jerman. Kemudian pada tahun 1945, seramai lima juta orang Yahudi telah dibunuh dalam peristiwa holocaust. Sinonim anti-Semitisme.
imperialismfahaman imperialSains PolitikHubungan AntarabangsaDasar perluasan terhadap kedaulatan sesuatu negara atau wilayah negara. Fahaman ini merupakan penjajahan bentuk baru, iaitu dengan cara memperluas daerah kekuasaan sama ada melalui kekerasan ketenteraan atau kekuatan ekonomi. Imperialis dilakukan oleh negara atau aktor bukan negara yang menjalankan dasar imperialisme dengan mendominasikan sistem perhubungan antarabangsa melalui pelbagai bentuk, antaranya melalui penguasaan ekonomi dan perkhidmatan.
anarchismfahaman anarkiSains PolitikHubungan AntarabangsaTeori politik yang bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang adil dengan memberikan hak kebebasan kepada setiap individu. Sebarang bentuk paksaan atau perintah daripada pihak pemerintah perlu dihapuskan. Fahaman ini menekankan manusia harus bebas bertindak menurut kemahuannya tanpa perlu terikat dengan sebarang peraturan. Kebajikan dalam masyarakat datangnya daripada kalangan individu masyarakat, bukannya daripada pemerintah atau negara. Asas andaian fahaman ini ialah sifat manusia secara fitrahnya adalah baik. Segala kejahatan atau keburukan dalam masyarakat disebabkan oleh campur tangan pemerintah atau negara. Sinonim anarkisme.
12345678910...

Kembali ke atas