operating system virus | virus sistem pengendalian | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kategori virus yang menyasarkan fail sistem pengendalian. Virus ini menjangkiti: 1. fail yang dilancarkan semasa permulaan sistem, iaitu fail yang sering disasarkan oleh virus sektor, 2. fail yang digunakan untuk menguruskan sumber sistem komputer, iaitu yang sering disasarkan oleh virus sistematik, atau 3. fail pustaka seperti fail �*.DLL�. |
bandwidth junkie | kaki lebar jalur | Teknologi Maklumat | Tiada | Pengguna lebar jalur yang tidak pernah puas dengan kelajuan yang ada dan akan berusaha untuk mendapatkan lebar jalur yang terpantas melalui teknologi yang terkini. Pengguna ini biasanya terdiri daripada mereka yang menggunakan Internet untuk memuat turun fail-fail besar seperti lagu, video dan permainan. |
encrypting file system | sistem fail penyulitan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Sistem fail yang terdapat dalam sistem pengendalian Windows, seperti Windows NT dan Windows XP untuk membolehkan data disulitkan. Sistem fail ini melakukan penyulitan terhadap sistem fail NTFS dengan menggunakan kaedah kriptografi kekunci awam. |
covert storage channel | saluran storan terselindung | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Saluran rahsia yang menggunakan proses penguncian fail, iaitu hasil daripada pengubahsuaian fail untuk menyiarkan isyarat 1 atau 0. Perisian pelayan pada komputer sumber akan menyiarkan binari 1 dengan mengunci fail dan menyiarkan binari 0 dengan melepaskan kekunci fail. Apabila perubahan ini dilakukan berulang kali, fail ini boleh digunakan untuk menyiarkan mesej rahsia yang panjang. |
overwritting virus | virus penulisgantian | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus yang menggantikan fail hos yang dijangkiti secara sepenuhnya dan menyimpan nama dan maklumat fail asal supaya virus boleh merebak. Virus ini akan dilancarkan apabila pengguna lain cuba mencapai fail asal dengan membekalkan arahan yang mengandungi nama fail tersebut. |
cyclic redundancy check (CRC) | semak lewahan kitaran (CRC) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Pengesanan dengan melakukan pengiraan terhadap data dalam suatu fail atau mesej dalam bentuk matriks. Proses ini boleh mengesan sama ada terdapat perubahan besar atau kecil berbanding pengiraan hasil tambah yang biasa. Sekiranya bilangan bait untuk satu fail berubah, maka kandungan fail akan turut berubah, sama ada dijangkiti virus ataupun pengubahsuaian telah berlaku. Sekiranya terdapat perbezaan dalam pengiraan CRC, maka boleh diandaikan kemungkinan fail tersebut dijangkiti virus. Keadaan ini digunakan secara meluas dalam komunikasi data bagi memastikan integriti perpindahan fail berkenaan. Dikenali juga sebagai kod lewah kitaran. |
virus hoax | virus olok-olok | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus yang kononnya wujud dalam sistem komputer yang merupakan fail virus yang mampu menyebabkan kerosakan dahsyat kepada sistem komputer. Maklumat palsu ini menyatakan kononnya wujud satu atau lebih fail sistem komputer yang telah dijangkiti virus berbahaya. Maklumat ini juga akan menyebabkan pengguna menjadi panik dan akan berusaha mencari dan membuang fail yang dinamakan tersebut daripada sistem komputer. Biasanya fail yang dinamakan dalam maklumat palsu ini adalah sebenarnya sebahagian daripada sistem pengoperasian. Pembatalan fail tersebut akan menyebabkan sistem pengoperasian tidak dapat berfungsi dengan betul atau berhenti sepenuhnya. |
stealth virus | virus selinap | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus yang menghapuskan semua rekod aktivitinya daripada log audit komputer. Virus ini biasanya akan tersembunyi daripada perisian antivirus tanpa mengubah saiz asal fail yang dijangkiti. Selain mengubah kandungan fail, virus ini boleh juga mengubah penunjuk atur cara fail yang dijangkiti untuk menunjukkan lokasi fail virus sebenar. |
systemic virus | virus sistemik | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus yang hanya bertumpu kepada fail sistem yang terpenting pada sistem pengendalian komputer yang dijangkitinya, ataupun kepada atur cara CMOS komputer tersebut. Fail sistem ini mengawal pengagihan sumber sistem seperti ruang storan, ingatan utama, keutamaan pemprosesan, dan hak capaian. Virus sistemik boleh mengarahkan supaya sumber sistem komputer bertumpu kepada proses tertentu sahaja dengan menjangkiti fail sistem. |
product information file | fail maklumat produk | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Set dokumen yang mengandungi maklumat, sijil, dan data untuk tujuan audit pemberitahuan produk kosmetik. Pemegang pemberitahuan kosmetik bertanggungjawab menyediakan fail maklumat produk untuk diakses oleh pihak berkuasa apabila diperlukan. |