functional distribution of incame | agihan pendapatan fungsian | Ekonomi | Tiada | Agihan pendapatan atau pulangan antara faktor-faktor pengeluaran seperti buruh dan modal, tanpa mengambil kira siapa yang memiliki faktor-faktor tersebut. |
market forces | daya pasaran | Ekonomi | Tiada | Faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran sesuatu barangan yang seterusnya mempengaruhi tingkat harga dan kuantiti keseimbangan. Umumnya, apabila permintaan pasaran lebih besar daripada penawaran pasaran maka harga akan cenderung naik dan kuantiti akan cenderung bertambah. Keadaan sebaliknya akan berlaku apabila penawaran pasaran melebihi permintaan pasaran. |
law of diminishing returns | hukum pulangan berkurangan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Hukum yang menyatakan apabila satu faktor ditambah berterusan sedangkan faktor-faktor lain tidak diubah, maka akan tiba pada satu tahap apabila tambahan keluaran akan berkurangan. |
aetiology | etiologi | Perikanan | Akuakultur | Kajian tentang punca dan penyebab penyakit, termasuklah faktor-faktor yang meningkatkan penularan, wabak dan jangkitan agen etiologi pada ikan. |
factor analysis method | kaedah analisis faktor | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Penentuan sempadan wilayah formal berasaskan kriteria ekonomi yang saling bergantungan dan ditentukan oleh faktor-faktor yang menjadi asasnya. |
meritocracy | meritokrasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem pemilihan calon yang berasaskan kepada kebolehan seseorang dan menolak faktor-faktor lain seperti kaum, bahasa, warna kulit, keturunan keluarga atau pilih kasih. Melalui sistem ini, kenaikan seseorang dalam hierarki dan pangkat bersandar kepada keupayaan yang ditunjukkan. Pemimpin dalam sistem ini dipilih melalui sifat kepimpinan yang bijak, cemerlang dan diterima masyarakat. Contohnya, 'philosopher king' iaitu kumpulan pemimpin yang dicadang oleh Plato, jelas berasaskan meritokrasi. |
fraud triangle theory | teori penipuan segi tiga | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Teori yang dikembangkan oleh Donald Cressey yang menerangkan faktor-faktor yang menyebabkan penipuan dan tingkah laku yang tidak beretika yang lain. Tiga elemen dalam teori ini ialah tekanan, peluang dan rasionalisasi. Teori ini sering digunakan dalam menjelaskan jenayah kolar putih. |
market area analysis | analisis kawasan pasaran | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Pendekatan peletakan industri yang menekankan permintaan atau faktor-faktor pasaran. |
outward-looking development policy | dasar pembangunan melihat keluar | Ekonomi | Tiada | Dasar pembangunan ekonomi yang menggalakkan perdagangan bebas, pergerakan bebas faktor-faktor pengeluaran, dan kemasukan pelaburan asing. |
self-inflicted harm | kecederaan sengaja kendiri | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perbuatan atau tindakan seseorang yang mencederakan diri sendiri dengan sengaja akibat faktor-faktor seperti tekanan, kekecewaan dan pengaruh sosial, tetapi tidak berniat untuk membunuh diri. |