Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata famili;


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ZingiberaceaeZingiberaceaeHerbaTiadaFamili tumbuhan yang terdiri daripada tumbuhan herba saka berbunga, beraroma dan berizom. Famili ini merangkumi 52 genera dan lebih daripada 1300 spesies yang tersebar luas ke bahagian tropika Afrika, Asia dan Amerika. Contohnya, halia, kunyit dan lengkuas.
gene familyfamili genBioinformatikBioinformatik MolekulSekumpulan gen yang sama, yang terhasil daripada proses penduaan daripada satu gen asal, dan mempunyai fungsi biokimia yang sama. Contohnya, famili gen dalam subunit hemoglobin manusia, yang terdiri daripada 10 gen di dalam dua kluster pada dua kromosom yang berbeza, yang dikenali sebagai lokus α-globin dan β-globin.
bamboobuluhBuluhTiadaTumbuhan daripada famili Graminae yang terdapat dengan banyaknya di kawasan Asia Pasifik. Buluh merupakan sejenis rumput yang berkayu, berongga dan mempunyai ruas. Buluh tumbuh secara mendatar atau berumpun. Buluh juga merupakan sejenis tumbuhan yang cepat tumbuh dan mencapai kematangan dalam tempoh tiga tahun.
adenineadeninaFizikNanoteknologiBes organik daripada famili purina, dengan rumus kimia C5H5N5. Adenina merupakan satu daripada empat bes nitrogen yang digunakan untuk mensintesis asid nukleik. Adenina juga merupakan juzuk yang berpasangan dengan timina dalam DNA dan urasil dalam RNA.
redwoodpokok kayu merahKesenianHiasan DalamanKayu lembut dalam famili pain yang digunakan untuk panel dan perabot luar rumah. Kayu ini sangat kukuh dan tahan lama. Pokok kayu merah terdapat di Amerika, khususnya di utara California.
iridovirusiridovirusPerikananAkuakulturPenyakit ikan yang disebabkan oleh virus famili Iridoviridae. Ikan yang diserang penyakit ini menunjukkan tanda-tanda seperti perut kembung dan pembesaran organ limpa.
norcadiosisnorkadiosisPerikananAkuakulturSejenis penyakit ikan yang disebabkan oleh bakteria daripada famili Nocardiaceae. Ikan yang diserang penyakit ini menunjukkan tanda-tanda seperti kudis di badan dan kehadiran nodul di organ dalaman.
lymphocystislimfosistisPerikananAkuakulturSejenis penyakit ikan yang disebabkan oleh virus daripada famili Iridoviridae. Ikan yang diserang penyakit ini menunjukkan tanda-tanda ketumbuhan pada sirip, badan dan operkulum.
identificationpengecamanPertanianTiadaProses mengenal pasti serta mengelaskan takson tumbuhan kepada famili, genus, spesies, subspesies dan lain-lain mengikut Kod Tatanama Botani Antarabangsa (International Code of Botanical Nomenclature). Kaedah ini akan menentukan sama ada tumbuhan tersebut telah dikenal pasti sebelumnya atau merupakan spesies baru. Proses ini penting untuk mengecam tumbuhan dengan tepat.
streptococcosisstreptokokosisPerikananAkuakulturSejenis penyakit pada ikan yang disebabkan oleh bakteria daripada famili Streptococcaceae. Streptokokosis menyebabkan ikan berenang secara berpusing-pusing dan mata membonjol.
123

Kembali ke atas