Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fan.tas.tik] | فنتستيک

Definisi : 1. penuh fantasi, bukan kenyataan atau alam nyata: tidak ketinggalan juga unsur ~, satira, simbolik, dan alegori; drama sejarah, drama masyarakat, drama ~ dan berbagai-bagai lagi; 2. bagus sekali, hebat sekali, sangat mengagumkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fantastik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fantasticfantastikKesusasteraanTiadaKeadaan atau sifat fiksyen yang mencampuradukkan dunia nyata dengan dunia khayalan. Pembaca, pencerita, dan protagonis berasa tercabar untuk membezakan sempadan antara kedua-duanya. Todorov yang menulis buku bertajuk The Fantastic (1973) berpendapat bahawa naratif fantastik melibatkan pembaca yang berada dalam ketidaktentuan, sama ada mereka memilih penerangan ghaib seperti dalam cerita Marvellous atau penerangan psikologikal seperti dalam cerita Uncanny. Kesusasteraan fantastik berkembang maju pada abad ke-19, khususnya melalui cerita-cerita hantu karya Henry James dalam The Turn of the Screw (1898).
the othersi lainKesusasteraanTiadaKonsep dunia di luar diri individu atau aspek tersembunyi dalam diri individu. Si lain digunakan secara meluas dalam penulisan bidang falsafah dan psikologi. Rosemary Jackson mengenal pasti konsep ini sebagai asas pada struktur semantik yang berupaya menghasilkan pelbagai motif fantastik. Usaha yang penting dalam motif fantastik adalah untuk menghapuskan perbezaan antara konsep diri dengan konsep si lain. Konsep ini mempunyai kaitan rapat dengan tema nafsu dan bawah sedar dalam diri individu. Konsep ini juga penting dalam teori pascakolonial, iaitu pihak penjajah melihat masyarakat yang dijajah sebagai si lain. Hal ini adalah kesan daripada cara mereka menganggap diri sendiri sebagai pusat dunia, manakala orang yang dijajah berada di pinggiran dunia. Penjajah mengganggap diri mereka lengkap dan merangkumi semua nilai manusia yang sejati, iaitu konsep �diri� yang benar, manakala orang yang dijajah sebagai �lain�, yakni berkedudukan lebih rendah. Proses �melainkan� merujuk kepada kegiatan menganggap dan menilai orang lain sebagai lebih rendah kedudukannya.
fantasyfantasiKesusasteraanTiadaKarya yang dihasilkan dengan memasukkan unsur pelarian dan realiti secara sedar yang biasanya dihubungkaitkan dengan cerita khayalan. Karya fantasi biasanya berlatarbelakangkan dunia yang dikhayalkan atau dunia utopia. Karya fantasi boleh direka agar mematuhi ciri-ciri karya biasa seperti dalam cerita bertajuk Lord of the Rings (1954-1955) oleh Tolkien, atau karya fantasi yang diwarnai oleh latar mimpi seperti dalam karya pengembaraan bertajuk Alice�s Adventures in wonderland oleh Lewis Caroll. Kedua-dua jenis fantasi ini boleh ditafsirkan secara simbolik atau alegori. Karya fantasi ditulis untuk menghiburkan atau sebagai satira untuk institusi sosial masyarakat. Karya fantasi merangkumi beberapa genre kesusasteraan seperti cerita dongeng, cerita dewa-dewi, roman kesateriaan dan fiksyen sains. Unsur fantasi juga boleh ditemui dalam perfileman seperti 2001: A Space Odyssey, atau dalam siri televisyen seperti Star Trek. Lihat juga fantastik.

Kembali ke atas