Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n fantasi, khayalan; (mus) fantasi: to live in a world of ~, hidup dlm dunia khayalan; sexual fantasies, fantasi seks. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fantasy


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fantasyfantasiKesusasteraanTiadaUnsur pelarian dan realiti secara sedar yang lazimnya dihubungkaitkan dengan cerita khayalan.
fantasyfantasiPendidikanTiadaTiada
fantasyfantasiPerubatanTiadaTiada
fantasyfantasiPsikologiTiadaTiada
fantasyfantasiKesenianTiadaTiada
fantasy playmain khayalPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
fantasyfantasiPerubatanTiadaMekanisme psikik yang diamalkan oleh seseorang untuk melarikan diri daripada kenyataan yang mengganggu perasaannya.
fantasyfantasiKesusasteraanTiadaKarya yang dihasilkan dengan memasukkan unsur pelarian dan realiti secara sedar yang biasanya dihubungkaitkan dengan cerita khayalan. Karya fantasi biasanya berlatarbelakangkan dunia yang dikhayalkan atau dunia utopia. Karya fantasi boleh direka agar mematuhi ciri-ciri karya biasa seperti dalam cerita bertajuk Lord of the Rings (1954-1955) oleh Tolkien, atau karya fantasi yang diwarnai oleh latar mimpi seperti dalam karya pengembaraan bertajuk Alice�s Adventures in wonderland oleh Lewis Caroll. Kedua-dua jenis fantasi ini boleh ditafsirkan secara simbolik atau alegori. Karya fantasi ditulis untuk menghiburkan atau sebagai satira untuk institusi sosial masyarakat. Karya fantasi merangkumi beberapa genre kesusasteraan seperti cerita dongeng, cerita dewa-dewi, roman kesateriaan dan fiksyen sains. Unsur fantasi juga boleh ditemui dalam perfileman seperti 2001: A Space Odyssey, atau dalam siri televisyen seperti Star Trek. Lihat juga fantastik.
animal fantasyfantasi binatangKesusasteraanTiadaKarya fantasi yang berkisar tentang binatang atau yang berkaitan dengan alam kehidupan binatang. Naratifnya biasanya penuh khayalan serta imaginasi, dan dianggap tidak logik oleh akal rasional. Kehidupan binatang yang dimaksudkan ialah alam utopia, tidak berpijak di bumi nyata, dan tidak dapat dibuktikan kewujudannya. Watak yang memainkan peranan dalam cerita ini terdiri daripada binatang yang �boleh berfikir� dan berkomunikasi sesama mereka. Biasanya, cerita fantasi binatang muncul daripada tradisi cerita rakyat yang hidup subur dalam masyarakat lisan zaman silam. Contoh fantasi binatang yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu ialah Hikayat Sang Kancil. Contoh lain termasuklah cerita Sang Kancil Menipu Gergasi. Sang Kancil Menghukum Buaya, dan Sang Kancil Berlumba dengan Siput. Lihat juga epik binatang.
classical fantasyfantasi klasikKesusasteraanTiadaKarya fantasi yang bersumberkan karya klasik seperti novel atau cerpen fantasi moden. Fantasi klasik merujuk kepada karya yang dihasilkan antara karya fantasi dalam tradisi sastera awal dengan karya fantasi zaman moden. Dengan kata lain, karya fantasi klasik mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri dan berbeza dengan karya fantasi yang dihasilkan oleh pengarang zaman moden. Contoh dalam sastera Melayu ialah Hikayat Merong Mahawangsa.
12

Kembali ke atas