Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[far.ma.ko.lo.gi] | فرماکولوݢي

Definisi : sains atau kajian tentang ubat-ubatan, termasuk sifat, tindakan, dan kegunaannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata farmakologi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pharmacological or therapeutic classificationpengelasan farmakologi atau terapeutikHerbaTiadaPengelasan herba menurut tindakan farmakologi yang disebabkan oleh kandungan bahan aktif utama atau kegunaan terapeutiknya. Pendekatan pengelasan ini semakin popular. Walau bagaimanapun, kandungan pelbagai bahan aktif yang terdapat dalam herba yang sama boleh mempunyai tindakan farmakologi atau kegunaan terapeutik lain.
clinical expert reportlaporan pakar klinikalHerbaPeraturan dan PemasaranDokumen yang mengandungi maklumat terperinci tentang sesuatu produk. Maklumat ini termasuk pengenalan tentang produk seperti tujuan laporan, profil produk, sumber maklumat dan status kelulusan, indikasi produk, butiran farmakologi dan farmakologi klinikal, data ketoksikan, farmakokinetik, farmakodinamik dan bioketersediaan, kajian percubaan klinikal dan kajian keselamatan, pemonitoran pascapemasaran, kelayakan pakar, bahan rujukan dan lampiran lain yang berkaitan. Di Malaysia, laporan pakar klinikal diperlukan bagi permohonan tambahan indikasi untuk produk berdaftar.
pharmacology networkrangkaian farmakologiBioinformatikBioinformatik MolekulInteraksi biologi sistem yang kompleks antara ubat-ubatan dengan penyakit. Maklumat yang diperoleh daripada rangkaian farmakologi digunakan untuk memahami tindakan ubat-ubatan terhadap gen, protein dan metabolit yang terlibat secara langsung di dalam penyakit.
herbal classificationpengelasan herbaHerbaTiadaSistem pembahagian herba kepada kumpulan mengikut urutan abjad, taksonomi, morfologi, farmakologi atau terapeutik dan kimia atau biogenetik. Pembahagian mengikut abjad terdapat dalam dokumen farmakopeia, pembahagian mengikut taksonomi terdapat dalam buku farmakognosi, pembahagian morfologi terdapat dalam buku botani, pembahagian farmakologi atau terapeutik terdapat dalam buku perubatan herba dan pembahagian kimia atau biogenetik terdapat dalam buku fitokimia.
agonist pharmacologicalfarmakologi agonisSains KesihatanTiadaBahan kimia yang meransang reseptor sel.
computational pharmacologyfarmakologi pengkomputeranBioinformatikBioinformatik Molekul-
herbal pharmacologyfarmakologi herbaHerbaPemiawaianKajian tentang mekanisme tindakan herba terhadap tisu atau organisma hidup yang berkaitan dengan kesan dan tindak balas dalam rawatan penyakit.
pharmacological antagonistantagonis farmakologiSains KesihatanTiadaBahan kimia yang menghalang penyekatan tindakan agonis terhadap reseptor.
pharmacology cellsel farmakologiFizikNanoteknologiSel berasaskan nanomesin untuk menghantar ubat ke kedudukan tertentu di dalam badan. Nanomesin adalah peranti elektromekanik yang berdimensi nanometer.
network pharmacologyrangkaian farmakologiBioinformatikBioinformatik Molekul-
12

Kembali ke atas