pharmaceutical counseling | kaunseling farmaseutikal | Sains Kesihatan | Tiada | Kaunseling yang diberikan oleh ahli farmasi dalam perawatan pesakit. |
National Regulatory Authority (NRA) | Pihak Berkuasa Kebangsaan (NRA) | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Agensi di peringkat kebangsaan yang bertanggungjawab untuk memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk melalui pendaftaran dan pelesenan produk yang merangkumi farmaseutikal, ubat veterinar, ubat tradisional, penokok kesihatan dan bahan mentah farmaseutikal. Di Malaysia, Pihak Berkuasa Kebangsaan ialah Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PKBD) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara sebagai sekretariat. |
homeopathic product | produk hemeopati | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Sebarang bentuk dos farmaseutikal yang digunakan dalam sistem terapi homeopati, iaitu penyakit yang dirawat menggunakan bahan dalam kuantiti yang amat kecil yang mampu menghasilkan simptom pada orang yang sihat sama seperti penyakit yang dirawat. Produk ini termasuk sediaan yang dikunyah, dihisap, ditelan secara keseluruhan dan digunakan secara topikal. |
package insert | sisip bungkusan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Risalah yang disertakan di dalam bungkusan bersama-sama produk farmaseutikal dan herba untuk golongan profesional kesihatan. Sisip bungkusan mengandungi maklumat seperti jenama atau nama produk, nama dan kekuatan bahan aktif, penerangan produk, farmakodinamik atau farmakokinetik, indikasi, dos yang disyorkan, cara penggunaan ubat, dan maklumat lain yang berkaitan. |
investigational product | produk percubaan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Produk mengandungi bahan aktif atau plasebo dalam bentuk dos farmaseutikal yang diuji atau digunakan sebagai pembanding dalam ujian klinikal. Produk percubaan termasuk produk berdaftar tetapi digunakan untuk tujuan lain. |
product registration holder | pemegang pendaftaran produk | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Entiti sah yang mendapat kebenaran untuk memasarkan produk farmaseutikal dan herba. Pemegang pendaftaran produk herba bertanggungjawab terhadap semua aspek kualiti dan keselamatan produk serta pematuhan syarat-syarat pemasaran yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sinonim pemegang kebenaran pemasaran. |
consumer medication information leaflet | risalah maklumat ubat pengguna | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Risalah yang disertakan di dalam bungkusan bersama-sama produk farmaseutikal dan herba untuk pengguna. Risalah ini mengandungi maklumat seperti penerangan produk, ramuan produk, tatacara penggunaan, kesan sampingan, dan maklumat lain yang berkaitan. |
xanthone | xanton | Herba | Pemiawaian | Kumpulan sebatian fenolik dalam ekstrak herba dengan formula CO(C6H4)2O yang digunakan sebagai larvisid, bahan wangian dan farmaseutikal. Contohnya, ekstrak daun asam gelugur (Garcinia atroviridis) yang kaya dengan xanton. |
drug registration system | sistem pendaftaran ubat | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Prosedur untuk mendaftarkan ubat berdasarkan peraturan yang ditetapkan. Di Malaysia, sistem pendaftaran ubat farmaseutikal, tambahan kesihatan, produk tradisional dan peranti perubatan dinyatakan secara terperinci dalam Dokumen Panduan Pendaftaran Dadah (DRGD). |
vanilla | vanila | Herba | Tiada | Bahan perisa yang dihasilkan daripada kekacang vanila (Vanilla planifola) daripada famili Orchidaceae yang mengandungi sebatian vanilin C8H8O3 yang digunakan sebagai bahan farmaseutikal, wangian dan makanan. |