Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.sakh] | فسخ

Definisi : Ar 1. pembatalan nikah apabila puncanya disedari akibat tidak sahihnya nikah (spt perkahwinan adik-beradik seibu sebapa); 2. pembatalan nikah menurut keputusan kadi kerana sebab tertentu (spt suami gila, lemah tenaga batin, dsb) atas aduan isteri; memfasakhkan membatalkan atau membubarkan ikatan perkahwinan (oleh mahkamah atau kadi): seseorang isteri boleh memohon perintah Mahkamah Syariah supaya ~ perkahwinan mereka jika ada sebab-sebab yg diharuskan oleh syarak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fa.sakh] | فسخ

Definisi : pembatalan ikatan nikah oleh mahkamah syariah berdasarkan tuntutan oleh pihak isteri atau suami, atau kerana pernikahan itu menyalahi hukum nikah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fasakh


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
khiyar fasakhkhiyar fasakh/khiyar pembubaranPerniagaan IslamTiadaHak pemilihan pihak berakad untuk membubarkan akad yang sah. Bagi pembeli, hak khiyar fasakh boleh disebabkan kerosakan, kecacatan atau tidak menepati spesifikasi barangan. Bagi penjual, hak khiyar fasakh boleh disebabkan keingkaran pembeli membuat pembayaran atau ketidakupayaan menyediakan produk. Akad yang tidak memenuhi rukun jual beli, seperti menjual barangan yang rosak atau terbukti wujudnya penipuan, maka tidak wujud khiyar fasakh kerana akad tersebut tidak sah dan terbatal.
حق الفسخhak fasakhAgama IslamFiqhSuami yang tidak memberi nafkah atau terdapat kecacatan seperti lemah batin, gila dan lain-lain.
حق الفسخhak fasakhAgama IslamFiqhKuasa hakim untuk memisah atau mencerai pasangan suami isteri kerana permintaan isteri walaupun tanpa persetujuan suami.
الفرق بالفسخcerai fasakhAgama IslamFiqhPerceraian suami isteri melalui keputusan mahkamah.
بائن صغرىbā’in sughraAgama IslamFiqhSuami tidak boleh rujuk dengan isterinya kecuali dengan akad yang baru. Contohnya, cerai tebus talak dan cerai fasakh.

Kembali ke atas