Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.sal]/[fa.sal] | فصل

Definisi : Ar 1. bahagian drpd bab seksyen tertentu dlm dokumen undang-undang: bab yg pertama terdiri drpd lima belas ~; pd ~ 18 perkara (9), tiada ditentukan bahawa setiap ahli boleh dipilih menjadi ketua; 2. pokok percakapan, tajuk perbincangan, hal, perkara: yg dibincangkan itu ~ yg tidak penting; apalah kakanda gaduhkan ~ itu; 3. bkn hal, mengenai, perihal: ~ itu, serahkan saja pd aku; 4. kerana, sebab: terkenalnya nama Raden Awang bukan ~ kuat;~ timbang tara (Udg) fasal yg dibuat dlm perjanjian utk membolehkan pihak yg terlibat merujuk kpd penyelesaian timbang tara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fa.sal]/[fa.sal] | فصل

Definisi : 1 bahagian drpd bab; bahagian yg kecil drpd bahagian besar (undang-undang): Dlm bab yg pertama, ada 18 ~. 2 perkara atau tajuk (dlm percakapan): Mereka memperkatakan ~ yuran sekolah. 3 ttg hal; mengenai: ~ makanan, serahkan kpd saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fasal

Puisi
 

Tuan tidak pandai mengubah,
     Setiap hari sembahyang dalam perahu;
Fasal berjanji tidak berubah,
     Fasal umur saya tak tahu.


Lihat selanjutnya...(9)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
subrogation clausefasal subrogasiinsuransTiadaFasal yang membenarkan insurer mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak ketiga yang bertanggungjawab menyebabkan sesuatu kerugian yang telah dibayar tuntutannya kepada insured, dengan menggunakan nama insured atau nama pemilik polisi. Salah satu tujuan fasal ini ialah untuk mengelakkan insured mendapat keuntungan daripada polisi insuransnya. Fasal ini juga mengelakkan insured dari membuat tuntutan kepada kedua-duanya iaitu, insurer dan pihak ketiga tersebut.
machinery clausefasal jenterainsuransTiadaFasal dalam kontrak insurans yang memperuntukkan jika kerugian ke atas jentera yang mengandungi beberapa bahagian rosak, insurer akan bertanggungjawab setakat nilai bahagian yang diinsuranskan sahaja.
lightning clausefasal kilatinsuransTiadaFasal yang melindungi kerosakan langsung disebabkan oleh petir walaupun tidak berlaku kebakaran.
lien clausefasal lieninsuransTiadaFasal yang diperuntukkan di bawah undang-undang yang membolehkan harta yang dipegang oleh seseorang yang lain dijadikan sebagai jaminan untuk menyiapkan sesuatu tugas.
appraisal clausefasal penilaianinsuransTiadaFasal dalam polisi insurans yang memperuntukkan bahawa insured atau insurer akan mempunyai hak untuk meminta satu pilihan dibuat bagi menentukan nilai kerosakan.
aviation clausefasal penerbanganinsuransTiadaFasal yang mengehadkan liabiliti insurer bagi kematian atau kecederaan yang berkaitan dengan penerbangan.
attestation clausefasal pengakusaksianinsuransTiadaFasal yang mewajibkan polisi ditandatangani oleh sekurang-kurangnya seorang yang berkuasa seperti pengurus atau pengarah syarikat.
repudiation clausefasal penolakaninsuransTiadaFasal yang membolehkan insurer menolak sesuatu tuntutan kerana pemegang polisi telah melanggar syarat polisi atau tuntutan tidak dilindungi oleh polisi tersebut.
average clausefasal puratainsuransTiadaFasal yang memperuntukkan bahawa insurer akan bertanggungjawab terhadap kerugian yang tidak melebihi daripada amaun yang ditetapkan di bawah polisi mengikut peratusan nilai tunai harta yang diinsuranskan.
contribution clausefasal sumbanganinsuransTiadaFasal dalam kontrak insurans indemniti yang mengagihkan tuntutan, yang perlu dibuat sekiranya terdapat dua atau lebih insurer yang melindungi harta yang sama.
12345

Kembali ke atas