Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fé.mi.nin] | فيمينين

Definisi : (féminin) 1. berkaitan dgn ciri-ciri wanita atau kewanitaan: tugas-tugas seumpama itu amat sesuai dgn sifat mereka yg lemah lembut dan ~; 2. (Lin) berkaitan dgn kata yg memiliki ciri yg dikaitkan dgn keperempuanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata feminin


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ecriture femininepenulisan femininKesusasteraanTiadaBentuk penulisan yang bersifat feminin tanpa mengambil kira penulisnya lelaki atau wanita. Penulisan feminin berbeza dengan penulisan maskulin dari segi bahasa atau wacana maskulin. Menurut pandangan ahli teori Ecriture Feminine, iaitu Helene Cixous, Viginia Woolf, Luce Irigaray, dan Julia Kristeva, tubuh dan pengalaman wanita menjadi rangsangan untuk penulisan feminin. Penulisan ini bersumberkan prabahasa manusia yang bersifat kreatif, terbuka, anjal dan pelbagai. Namun penulisan feminin sukar dihasilkan kerana dominasi wacana maskulin yang bersifat rasional, terarah, tegar, dan tertutup. Penulisan feminin dikenali juga sebagai penulisan wanita.
femininefemininPerubatanTiadaBerkaitan dengan ciri-ciri jantina wanita.
feminine gendergenus femininLinguistikTiadaTiada
feminine gendergenus femininPendidikanTiadaTiada
feminine rhymerima femininKesusasteraanTiadaRima yang terdiri daripada dua suku kata dalam dua perkataan yang tidak diberikan tekanan dalam sebut. Contohnya: Com/ing,go/ing. Lihat juga rima kembar.
third singular feminine persondiri ketiga tunggal femininPendidikanTiadaTiada
identical rhymerima kembarKesusasteraanTiadaRima yang terdiri daripada dua suku kata dalam dua perkataan. Suku kata pertama dan kedua-dua perkataan itu harus mendapat tekanan, diikuti dengan suku kata kedua tanpa tekanan. Contoh rima kembar dalam sistem Inggeris adalah seperti yang berikut: ... dreaming/ ... streaming ...tarry/ ...marry, ...motion/ ... motion. Rima kembar dikenali juga sebagai rima feminin. Lihat juga rima feminin.
rhymerimaKesusasteraanTiadaBunyi yang sama pada huruf akhir atau suku kata akhir dalam baris-baris puisi yang memunculkan satu pola bunyi yang jelas. Contohnya dalam pantun dan gurindam. Rima juga boleh ditemui di tengah baris, di antara suku kata dalam baris dan di hujung baris yang sama. Rima begini disebut sebagai rima tengah. Contoh rima dalam pantun empat kerat adalah seperti yang berikut: Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Skema rima mengikuti suatu bentuk yang tetap atau bentuk yang longgar. Skema rima termudah dapat dilihat dalam bentuk kuplet. Contoh skema rima ialah: a,a,b,b, dan c,c atau bentuk kuatrin: a,b,a,b dan a,b,b,a. Lihat juga rima ekasuku, rima feminin, rima tengah.

Kembali ke atas