Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fé.nol] | فينول

Definisi : (fénol) (Kim) 1. kumpulan sebatian organik aromatik yg mempunyai satu atau lebih kumpulan hidroksil; 2. sebatian organik aromatik, berbentuk hablur putih, dan digunakan utk membuat minyak wangi, pencelup, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fé.nol] | فينول

Definisi : /fénol/ ist nama biasa utk asid karbolik (yg biasanya digunakan dlm bahan pembasmi kuman). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fenol


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
phenol oxidative couplingpenggandingan oksidaan fenolHerbaFitokimiaTindak balas penggabungan dua radikal fenol yang terhasil daripada kehilangan satu elektron. Radikal fenol boleh terbit daripada molekul yang sama atau berlainan. Terdapat pelbagai jenis struktur yang terhasil melalui tindak balas ini seperti xanton, alkaloid morfina dan aporfina.
phenolsfenolKimiaTiada1. Kumpulan sebatian organik aromatik yang mempunyai satu atau lebih kumpulan hidroksil, -OH, yang terikat pada kumpulan aril, dan mempunyai formula am R-OH (R ialah kumpulan aril). Fenol sifatnya berasid dan disediakan melalui pelakuran garam asid dulfonik dengan natrium hidroksida, diikuti dengan percampuran asid sulfurik. Fenol digunakan dalam pembuatan pewarna dan plastik tertentu. Misalnya, fenol, kreosol, dan xilenol. 2. Sebatian organik aromatik, formula C6H5OH takat lebur 43oC, takat didih 182oC, wujud dalam bentuk hablur berwarna putih, larut di dalam alkohol, eter, kloroform, air dan alkali. Dalam industri, fenol disediakan secara pengoksidaan kumena. Sebatian ini digunakan untuk membuat resin epoksi, resin fenolik, bahan penyahjangkit, minyak wangi dan pencelup. Sin. asid karbolik, hidroksibenzena.
chlorophenolklorofenolPerubatanTiada1. Campuran isomer orto- dan para- monoklorfenol yang diperoleh daripada tindakan klorin terhadap fenol.,2. Sebarang terbitan fenol yang mengandungi klorin.
chlorophenolklorofenolPerubatanTiada1. Campuran isomer orto- dan para- monoklorfenol yang diperoleh daripada tindakan klorin terhadap fenol.,2. Sebarang terbitan fenol yang mengandungi klorin.
phenol poisoningkeracunan fenolKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada fenol (nama lain, asid karbolik), iaitu bahan kimia yang sangat beracun, dan boleh menyebabkan alkalosis pernafasan diikuti dengan asidosis. Tanda utama keracunan ialah muntah, pengsan, dan koma. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan berpeluh dengan banyak, dahaga teramat, loya dan muntah, cirit-birit, sianosis akibat methemoglobinemia, hiperaktiviti, stupor, tekanan darah turun, hiperpnea, sakit abdomen, hemolisis, konvulsi, koma, dan edema pulmonari diikuti dengan pneumonia. Keracunan kronik akibat pengingesan atau penyerapan kulit atau membran mukus memberikan gejala sama dengan keracunan akut. Penemuan patologi dalam kes kematian ialah nekrosis membran mukus, edema serebrum, dan perubahan degelleratif dalam hati dan buah pinggang. Dos parah ialah 1 g, manakala dos maut ialah 46 �g/mL /mL - 130 �g/mL.
phenolic glueglu berfenolKejuruteraanPolimerPerekat fenol yang reaktif, yang dihasilkan secara pempolimeran pemeluwapan antara fenol dan aldehid. ia digunakan untuk perekatan kertas dan kayu lapis.
phenolfenolGeografiTiadaTiada
phenolfenolFarmasiTiadaKumpulan sebatian organik aromatik yang mempunyai satu kumpulan hidroksil atau lebih yang terikat pada kumpulan aril, bersifat asid, dan disediakan melalui pelakuran garam asid sulfonik dengan natrium hidroksida, diikuti dengan percampuran asid sulfurik. Sebatian ini digunakan untuk membuat resin epoksi, resin fenolik, bahan penyahjangkit, minyak wangi, dan pewarna.
phenolfenolKejuruteraanTiadaTiada
phenolfenolKimiaForensikLihat asid karbolik.
12345678910

Kembali ke atas