additive gene action | tindakan gen tambah | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Interaksi alel ialah setiap dua alel yang menyumbang dengan sama rata kepada penghasilan fenotip kualitatif. Tindakan gen tambahan ini berlaku dalam keadaan dominan tidak wujud dan menghasilkan heterozigot yang pertengahan pada fenotip. Contoh fenotip kualitatif pada lembu termasuklah jenis darah, warna bulu, ada atau tiada tanduk dan kekerdilan. |
epistasis | epistasis | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Interaksi antara dua atau lebih gen yang mengawal satu fenotip. Epistasis akan menyebabkan fenotip alel pada satu gen tersorok atau terhalang dengan gen yang lain. |
phenotype | fenotip | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Penampilan fizikal yang ditunjukkan oleh haiwan akibat interaksi genotip dengan persekitaran tertentu, tanpa mengira genotip sebenar haiwan. Fenotip ialah hasil sumbangan daripada gen haiwan dan pengaruh faktor persekitaran. |
dominance | dominan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Perhubungan antara alel pada satu gen yang mengakibatkan kesan fenotip satu alel menyingkirkan kesan fenotip alel yang lain. |
artificial selection | pemilihan tiruan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses pembiakan haiwan untuk menghasilkan anak yang mempunyai ciri fenotip terpilih. Pemilihan tiruan adalah dengan memilih jantan dan betina yang tertentu. Terdapat dua pendekatan pemilihan tiruan. Pertama, pembiak baka boleh membuat pemilihan satu ciri fenotip dengan tumpuan terhadap ciri tersebut sahaja. Kedua, pemilihan semula jadi pada persekitaran terkawal. |
phenotyping | fenotip | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | - |
phenotype | fenotip | Perikanan | Akuakultur | Sifat fizikal yang boleh dilihat dan diukur pada ikan atau udang yang mencirikan baka dan kualiti pemilihan induk. Contoh sifat fizikal seperti rupa bentuk, saiz dan warna. |
incomplete dominance | dominan tak lengkap | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Suatu bentuk pewarisan pertengahan bagi haiwan yang mempunyai alel dominan dan resesif (heterozigus). Dalam dominan tak lengkap, salah satu alel tidak akan memberikan kesan fenotip dengan menyingkirkan kesan alel yang kedua, tetapi kesan fenotip yang terhasil ialah percampuran kedua-dua alel tersebut. |
heritability | keterwarisan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Perkadaran variasi fenotip daripada ibu bapa yang boleh dilihat pada anak. Perbezaan keterwarisan pada populasi boleh dikaitkan dengan perbezaan genetik individu. |
vegetative abnormalities | keabnormalan vegetatif | Pertanian | Tiada | Sebarang ciri fenotip yang tidak normal, contohnya chimaera tegak, berpintal dan sebagainya. |