Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fer.mén.ta.si] | فرمينتاسي

Definisi : (ferméntasi) penapaian: gas yg dikeluarkan akibat tindak balas ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fermentasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
jet loop fermenterbejana fermentasi gelung pancutanBioteknologiTiadaBejana fermentasi yang digunakan dalam fermentasi yang pengadukan dan penyerapan gasnya dicapai dengan mengedarkan semula kaldu secara memancutkan kaldu tersebut ke dalam bejana fermentasi di bawah tekanan.
air lift fermentationfermentasi angkut udaraBioteknologiTiadaFermentasi yang mengandungi ampaian sel yang dicampur dan diudarakan dengan memasukkan udara daripada bahagian bawah tiub atau turus bejana fermentasi untuk menghasilkan peredaran secara menegak. Fermentasi jenis ini tidak melibatkan penggunaan pengadukan mekanik dan kerana itu amat sesuai untuk penghasilan sel haiwan atau tumbuh-tumbuhan, dan protein sel tunggal.
submerged fermentationfermentasi benamBioteknologiTiadaFermentasi yang melibatkan perkembangan sel di bawah permukaan medium cecair. bd. fermentasi keadaan pepejal.
bottom fermentationfermentasi bawahPentadbiran PerniagaanTiadaFermentasi beralkohol yang perlahan semasa sel yis dipungut di bawah cecair fermentasi, yang terdapat dalam pengeluaran kandungan alkohol rendah bagi wain dan sejenis bir.
alcohol fermentationfermentasi alkoholBioteknologiTiadaFermentasi yang berlaku dalam yis tertentu, seperti Saccharomyces atau Klyveromyces, tanpa kehadiran oksigen. Dalam proses ini, glukosa diuraikan kepada asid piruvik secara glikolisis dengan penghasilan karbon dioksida (CO2) dan etanol (alkohol). Fermentasi ini dijalankan menggunakan substrat karbohidrat dengan sistem penyulingan berterusan untuk mengelakkan perencatan pertumbuhan yis oleh alkohol yang terbentuk.
fermenterbejana fermentasiBioteknologiTiadaBejana atau bioreaktor yang digunakan untuk fermentasi. Bejana ini boleh berubah dari segi saiz dan reka bentuk, dan dibina daripada pelbagai bahan, seperti besi waja atau konkrit dan kayu. Biasanya bejana fermentasi berbentuk silinder dengan nisbah ketinggian terhadap garis pusat ialah 2:1, dan dilengkapi tempat khas untuk membolehkan kemasukan medium, sampel, prob pengukur dan pengawalan. Di samping itu terdapat juga kemudahan untuk pengadukan dan pengudaraan serta pensterilan. Pengudaraan boleh dilakukan secara mekanikal (menggunakan pengaduk) atau pancutan udara.
extractive fermentationfermentasi pengekstrakanBioteknologiTiadaFermentasi yang melibatkan pengeluaran hasil secara selanjar menggunakan kaedah pengekstrakan pelarut yang tak larut air. Hasilnya adalah lebih larut dalam pelarut berbanding dengan air dan kaedah pengekstrakan ini juga dapat mengelakkan perencatan oleh hasil akhir ke atas organisma penghasil sesuatu bahan. Fermentasi pengekstrakan digunakan dalam penghasilan asid organik atau asid lemak beruap.
butanediol fermentationfermentasi butanediolBioteknologiTiadaFermentasi yang dijalankan oleh beberapa mikroorganisma daripada famili Enterobacteriaceae, seperti Enterobacter, Erwinia, dan Klebsiella. Dalam proses ini, glukosa diubah kepada 2,3-butanediol dan satu molekul NADH2 dioksidakan semula bagi setiap 2 molekul piruvat yang diubah kepada butanediol. Butanediol memberi hasil positif bagi ujian Voges-Proskauer. Organisma yang menjalani fermentasi ini mempunyai sistem enzim format hidrogenase liase yang menghidrolisiskan format kepada karbon dioksida dan hidrogen.
solid state fermentationfermentasi keadaan pepejalBioteknologiTiadaFermentasi yang melibatkan perkembangan sel terutama kulat pada bahan pepejal. Teknik ini terbahagi kepada dua jenis asas iaitu lapisan nipis dan dasar dalam. Dalam jenis lapisan nipis, sel tersebut dihidupkan di dalam dulang cetek 2 - 4 cm dan dieramkan di dalam bilik dengan suhu terkawal. Substrat yang digunakan termasuklah dedak gandum atau sisa bijirin lain. bd. fermentasi benam.
fermentationfermentasiBioteknologiTiadaDegradasi bahan organik (biasanya karbohidrat) oleh organisma atau sel, yang menghasilkan sebatian, seperti alkohol atau asid laktik, dengan kehadiran oksigen. Dalam bioteknologi dan mikrobiologi gunaan, fermentasi merujuk kepada proses pengkulturan sel atau mikroorganisma di dalam bekas (bioreaktor atau bejana fermentasi) yang berisi medium pepejal atau cecair untuk menghasilkan bahan-bahan yang mempunyai kepentingan ekonomi.
12345678910...

Kembali ke atas