Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fi.gu.ra] | فيݢورا

Definisi : perwakilan (representasi) (terutamanya bentuk manusia) dlm lukisan atau ukiran: ini dilambangkan oleh ~ yg bersendirian pulang, memikul sebuah bakul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata figura


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
affrontedaffrontedKesenianHiasan DalamanSepasang figura haiwan atau objek yang diletakkan berhadapan antara satu sama lain berdasarkan saiz, bentuk dan kedudukan yang sama. Bentuk ini biasanya terdapat pada sesuatu binaan di hadapan dinding bangunan, atau di atas tiang. Banding addorsed.
gargoylegargoilKesenianHiasan DalamanUkiran figura aneh yang mengunjur keluar dari bahagian atas dinding bangunan dan berfungsi sebagai penyembur air. Istilah ini berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud kerongkong.
addorsedaddorsedKesenianHiasan DalamanBentuk sepasang figura haiwan atau objek yang diletakkan membelakangi antara satu sama lain berdasarkan saiz, bentuk dan kedudukan yang sama. Bentuk ini biasanya dapat dilihat di atas tiang atau sesuatu binaan. Banding affronted.
atlantesatlantesKesenianHiasan DalamanTiang atau penyokong berukir yang berbentuk figura seorang lelaki gagah berdiri atau berlutut. Tiang jenis ini banyak dihasilkan dan digunakan oleh jurubina zaman Barok di Jerman. Namanya berasal daripada nama dewa perkasa Atlas- Titan, yang digambarkan bertanggungjawab memikul dunia.
Derby porcelaintembikar DerbyKesenianHiasan DalamanTembikar yang menggunakan motif bunga dan figura yang dibuat di Derby, England. Tembikar ini dipercayai dihasilkan pada tahun 1750.
consolekonsolKesenianHiasan DalamanMeja yang dilekatkan pada dinding dan disokong oleh penyokong yang berukir dalam bentuk figura dan sebagainya. Konsol juga disebut meja dinding.
consolekonsolKesenianHiasan DalamanMeja yang dilekatkan pada dinding dan disokong oleh penyokong yang berukir dalam bentuk figura dan sebagainya. Konsol juga disebut meja dinding.
columntiangKesenianHiasan DalamanKomponen binaan utama yang berbentuk memanjang secara menegak berfungsi untuk membawa beban atau penyokong unsur di atasnya. Tiang diperbuat daripada kayu, logam, konkrit dan sebarang bahan yang mampu membawa beban. Tiang dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu kepala, batang dan tapak. Dalam seni bina klasik dan purba Greek, terdapat beberapa bentuk atau susunan tiang yang dibentuk berasaskan pengiraan perkadaran yang tertentu, iaitu Dorik, Ionik dan Corinthia. Selain susunan tersebut, terdapat dua jenis susunan lain, iaitu Tuscan dan Komposit yang diperkenalkan di Rom. Tiang Mesir sering dihiasi dengan motif bunga, daun dan figura yang melambangkan aspek ketuhanan, manakala tiang kelompok terdiri daripada tiga atau empat batang tiang yang disusun rapat. Tiang berpintal banyak digunakan pada zaman Romanesque bagi mewujudkan suasana indah dan mewah.

Kembali ke atas