figurative | figuratif | Kesenian | Tiada | Tiada |
figurative | figuratif | Komunikasi | Tiada | Unsur-unsur yang simbolik dan mengandungi nilai estetika. |
figurative style | gaya figuratif | Kesenian | Tiada | Tiada |
figurative art | citra figuratif | Kesenian | Tiada | Citra yang menggambarkan alam dan manusia. |
two-point drawing | lukisan dua sudut | Kesenian | Tiada | Lukisan lakar figuratif yang menggunakan teknik perspektif dua sudut. |
drapery | tirai kain/draperi; lipatan kain | Kesenian | Tiada | 2. Gambaran kedutan kain pada citra figuratif. |
interpretation | tafsiran | Kesusasteraan | Tiada | Pemahaman teks secara umum termasuklah memahami bahasa, menganalisis, menghuraikan, menjelaskan, mencari, dan menetapkan makna teks. Tafsiran biasanya memfokuskan bahagian yang sukar difahami, taksa atau samar-samar, atau yang menggunakan bahasa figuratif. Secara umumnya, tujuan mentafsir adalah untuk menghuraikan dan memahami secara keseluruhan karya yang disampaikan menerusi medium bahasa, dengan mengambil kira aspek konvensi yang tertentu seperti genre, imejan, tema dan kesan. Hal ini melibatkan huraian unsur yang implisit dan eksplisit, dan analisis aspek formal bagi memperlihatkan kesepaduan atau kelonggaran teks berkenaan. Dalam stilisitik, tafsiran merujuk kepada pemahaman bahasa berdasarkan analisis pola formal dan semantik, yang secara keseluruhannya membawa dapat tentang erti teks. Pada prinsipnya, para sarjana konvensional berpendapat bahawa teks mempunyai suatu tafsiran atau makna yang betul, walaupun terdapat pelbagai tafsiran bagi pembaca yang berbeza. Mereka menganggap bahawa mentafsirkan karya |
literal exegesis | tafsiran harfiah | Kesusasteraan | Tiada | Tafsiran berdasarkan pemahaman pembaca terhadap teks pada peringkat asas dan zahir. Pada asalnya, tafsiran harfiah digunakan untuk pemahaman kitab suci, tetapi kini digunakan untuk pemahaman teks sastera. Tafsiran harfiah melibatkan pendekatan terhadap teks pada peringkat makna yang denotatif, ternyata, dan mudah. Tafsiran ini tidak mengambil kira makna figuratif dan konotatif dalam perkataan, pernyataan, atau keseluruhan teks. Pendekatan ini melibatkan penjelasan terhadap teks berdasarkan sesuatu yang tersurat, dan bukan berdasarkan siratan atau konotasinya. |