Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fi.kir] | فيکير

Definisi : 1. ingatan, angan-angan, akal: ~ itu pelita hati; daya ~ daya atau keupayaan (utk) berfikir; ~ sebelit = kurang ~ tidak ingat-ingat (dipertimbangkan baik-baik); tak habis ~ tidak mengerti (hujung pangkalnya maka jadi begitu); ahli ~ ahli falsafah; 2. anggapan, pendapat, sangka, kira: pd ~nya, tidak akan kita datang; ~ku sangkaku, pd sangkaanku; berfikir menggunakan akal (utk menyelesaikan sesuatu dsb), mempertimbangkan (dlm ingatan): ia ~ bahawa wang itu lebih berharga drpd nyawanya; ia pun ~ lalu berkata; ~ panjang mempertimbangkan baik-baik; berfikir-fikir berfikir dgn mengambil kira berbagai-bagai faktor dgn agak lama, mis utk mendapatkan sesuatu jawaban, kepastian dsb: Mastura mencoret sesuatu di kertas sambil ~ siapa tokoh agama yg harus dihubunginya; berfikirkan berfikir mengenai sesuatu;memikir 1. berfikir mengenai sesuatu, mengingati, merenung sesuatu: ia kelihatan mengerutkan kening seolah-olah ~ sesuatu; 2. menyangka, menganggap: apa yg kau fikir tidak aku tahu persoalannya; memikiri memikir; memikirkan 1. menggunakan akal (utk menyelesaikan sesuatu), merenungkan, mempertimbangkan (dlm fikiran): Mariam berjanji akan ~ pinangan orang itu; mereka yg bertanggungjawab tentang soal pendidikan masyarakat mestilah ~ dua perkara ini; 2. mengenangkan: aku banyak ~ masa depanku; 3. mengendahkan, mempedulikan, memandang penting: kalau jadi ia berkahwin dgn gadis itu, akan bererti bahawa ia tidak ~ celaan orang;memikir-mikirkan memikirkan sesuatu perkara dgn mengambil kira berbagai-bagai faktor dgn agak lama, mis utk mendapatkan sesuatu jawaban, kepastian dsb: sedang aku ~ penyelesaian masalah itu, timbul pula satu lagi masalah lain; terfikir teringat, termasuk akal, tersangka: tidak ~ pd diriku kejadian spt ini akan menimpanya; fikiran 1. daya berfikir, akal, ingatan; hilang ~ hilang akal; kurang (panjang, tajam) ~ kurang (panjang, tajam) akal; sakit ~ gila; 2. hasil pemikiran, pendapat, pertimbangan akal, upaya, muslihat: itu bukan ~nya sendiri; apa ~mu sekarang ini, kita sudah kena tipu; mendapat ~ mendapat muslihat; 3. niat, cita-cita, angan-angan: tidak ada ~ hendak bekerja; 4. perhatian, minat: sangat sedikit ~nya pd pelajaran; menaruh ~ menaruh perhatian; sefikiran sependapat, sefaham; berfikiran mempunyai fikiran (akal dll); pemikiran perihal berfikir (memikir): bahasa Melayu sejak lama telah berkembang sbg alat perkembangan ~ bangsa Melayu; ~ lateral cara menyelesaikan masalah dgn menggunakan daya imaginasi (bukan dgn menggunakan logik atau cara-cara pemikiran yg biasa) sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yg kelihatan luar biasa (kadang-kadang agak gila-gila sedikit) tetapi berkesan; pemikir orang yg berfikir, ahli fikir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fi.kir] | فيکير

Definisi : 1 kata dlm hati; ingatan. 2 akal budi; ingatan: ahli ~ orang yg pandai-pandai; ahli falsafah; kurang ~ tidak difikirkan baik-baik. berfikir bekerja dgn otak (utk membuat sesuatu keputusan dsb): Dia ~ dahulu sebelum membuat sesuatu. ~ panjang berfikir dgn teliti dan mendalam. memikir menganggap; menyangka: Engkau fikir aku tidak tahu akan hal yg sebenarnya! memikirkan 1 berfikir ttg sesuatu; mempertimbangkan sesuatu dgn akal; merenungkan: Tiada gunanya kita ~ hal yg remeh-temeh. 2 mengingat; mengenang: Dia berasa sedih ~ nasib malang yg menimpa orang tua itu. 3 mengutamakan; mempedulikan: Janganlah ~ kepentingan diri sendiri saja, fikirkanlah kepentingan orang lain juga. terfikir (sudah) difikirkan; terkandung dlm ingatan; teringat: Tidak ~ olehnya bahaya yg akan dihadapinya. fikiran 1 daya berfikir; akal: hilang ~ tidak tahu akan apa yg harus dilakukan; hilang akal. 2 hasil berfikir; pendapat: Itu bukan ~nya. berfikiran mempunyai fikiran; berakal. pemikiran cara atau hal memikirkan sesuatu. pemikir orang yg kuat berfikir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fikir

Puisi
 

Ukir-ukir pinang Betawi,
     Pinang satu dibelah dua;
Fikir-fikir badan sendiri,
     Bantal satu kepalanya dua.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Khabar jauh dengar-dengarkan,
     khabar dekat fikir-fikirkan.

Bermaksud :

Tiap-tiap khabar yang diterima hendaklah diselidik dengan saksama supaya jangan tertipu.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mindsetpola fikirKomunikasiTiadaTiada
thinking aloudfikir ujarUmumTiadaTiada
think-pair-sharefikir-pasang-kongsiPendidikanTiadaTiada
Spin-N-ThinkPutar dan FikirPendidikanTiadaKaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan menggunakan kadbod yang terdapat anak panah dan boleh dipusing untuk menentukan giliran siapa yang menyoal, menjawab, membetulkan dan memuji.
maximlidah pendetaKesusasteraanPuisiKata atau diksi yang terungkap dalam sesuatu baris, rangkap atau keseluruhan sesebuah puisi yang merupakan tuturan yang diucapkan oleh seseorang cendekiawan. Kata atau diksi yang diungkapkan itu boleh menjadi nasihat dan panduan hidup. Gurindam dapat digolongkan sebagai lidah pendeta. Contohnya, dalam Puisi Melayu Tradisional. Kurang fikir, kurang siasat, tentu dirimu kelak tersesat. Fikir dahulu sebelum berkata, supaya terelak silang sengketa. Perkataan tajarn jika dilepas, ibarat beringin racun dan upas.
imaginationimaginasiKesusasteraanTiadaKebolehan menggambarkan sesuatu dalam fikiran. Imaginasi tidak bersifat kenyataan tetapi dipenuhi khayalan dan angan-angan. Imaginasi mampu membentuk imej atau representasi dalam karya sastera. Bagi para pemikir zaman klasik, imaginasi ialah daya fikir membina yang mampu mengubah pengalaman serta melahirkan intuisi dan wawasan. Sejak 1800, imaginasi dianggap sebagai daya kreatif yang utama dalam pengkaryaan. Coleridge dalam karya berjudul Biographia Literaria (1817) berpendapat bahawa imaginasi ialah suatu daya magis dan daya sintesis yang melahirkan penciptaan baharu dan keaslian dalam penulisan kreatif. Para penyair menganggap bahawa sumbangan utama imaginasi adalah untuk merangsang keupayaan mereka menyelesaikan percanggahan dan kontradiksi. Justeru, daya imaginasi menolong pengarang mencipta naratif atau puisi yang indah dan harmonis daripada pengalaman yang berbeza dan bercanggah. Dalam penciptaan puisi, pengarang lebih mengutamakan kepentingan imaginasi berbanding dengan kepentingan kehendak sedar mereka. Pada dasarnya, para penyair romantis menganggap imaginasi sebagai positif dan menyumbang kepada pengkaryaan seni mereka. Namun, sejak zaman Yunani, ahli pemikir seperti Plato telah meragui kesan imaginasi. Hal ini demikian kerana imaginasi dikaitkan dengan ilusi, kekeliruan, dan penipuan. Menurut Plato, jika tidak dikawal, imaginasi boleh membawa kepada kegilaan. Imaginasi berasal dariapda perkataan Latin imaginatio bermaksuk �membentuk sesuatu imej�.

Kembali ke atas