film speed | laju filem | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Pengelasan filem yang mengandungi maklumat yang diperlukan untuk sesuatu filem radiografi didedahkan kepada sinaran pengionan bagi mendapatkan ketumpatan filem yang boleh diterima. Terdapat tiga jenis klasifikasi filem, iaitu filem perlahan, filem sederhana dan filem laju. |
graininess | kebijian | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Saiz biji-biji emulsi yang terdapat atas permukaan filem, yang berfungsi untuk menentukan klasifikasi filem tersebut. Contohnya, filem laju mempunyai kebijian emulsi yang kasar dan memerlukan masa dedahan yang pendek, tetapi memberikan kualiti imej sederhana. Filem perlahan pula mempunyai kebijian emulsi yang halus serta memerlukan masa dedahan yang agak panjang, tetapi memberikan kualiti imej yang tinggi. |
crimp marks | tanda kedut | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Kecacatan lipatan yang terdapat atas filem yang disebabkan oleh pembengkokan filem secara tajam dan biasanya berlaku semasa proses memuat serta mengeluarkan filem daripada kotak filem. |
finger marks | kesan jari | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Artifakpadafilemyangdisebabkanolehketaksempurnaan dalam pengendalian, semasa pemprosesan filem. Pada filem tersebut terdapat kesan imej jari yang boleh menutup imej kecacatan sebenar. |
Langmuir-Blodgett film | filem Langmuir-Blodgett | Fizik | Nanoteknologi | Filem tipis yang terdiri daripada satu atau lebih monolapisan bahan organik. Filem ini dimendapkan daripada permukaan suatu cecair ke atas permukaan suatu pepejal secara mencelup substrat pepejal ke dalam cecair. Proses pemendapan monolapisan ini dapat dilakukan secara berulang-ulang untuk mendapatkan ketebalan filem yang dikehendaki. |
film processing | pemprosesan filem | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Langkah yang diperlukan untuk mencuci filem dalam kaedah radiografi seperti pembangun filem, larutan bantut, penetap, basuhan dan pengeringan. Setiap langkah ini dilakukan di dalam tangki pencuci yang mempunyai bahagian yang berbeza-beza pada suhu dan masa tertentu berdasarkan spesifikasi pengeluar filem. |
film density | ketumpatan filem | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Darjah kegelapan sesuatu kawasan atas filem radiograf. Nilai ini boleh ditentukan dengan menggunakan alat densitometer. Formula untuk mengukur ketumpatan filem adalah seperti yang berikut: D = log (I0/IT), Dengan D ialah ketumpatan filem, I0 ialah keamatan cahaya tuju, IT ialah keamatan cahaya transmisi. |
infrared film | filem inframerah | Fizik | Nanoteknologi | Keadaan filem fotografi yang peka kepada gelombang elektromagnet pada daerah inframerah dekat. Filem ini digunakan untuk merakamkan objek dalam keadaan berjerebu, membezakan tumbuhan hidup atau mati, dan menentukan keaslian warna pigmen hijau. |
film cassettes | kaset filem | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Sarung berbentuk plastik yang digunakan untuk memasukkan filem radiografi ke dalamnya. Sarung ini berfungsi untuk melindungi filem daripada dedahan cahaya dan sebarang kerosakan seperti calar dan habuk semasa kerja-kerja radiografi. |
film artefacts | artifak filem | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Kesan atau tanda yang terdapat atas filem radiografi yang bukan disebabkan oleh kecacatan pada bahan yang diuji, tetapi disebabkan oleh kecuaian pengendalian semasa pemprosesan filem. Contoh artifak ialah tanda jari, kesan terlipat dan percikan kimia. |