arrow worms | cacing anak panah | Sains Marin | Tiada | Sejenis filum ketognata yang merupakan invertebrat kecil dengan julat saiz di antara 2-120 mm panjang. Namanya diambil sempena bentuk badannya yang panjang dan langsing serta mempunyai sirip sisi dan sirip ekor yang kelihatan seperti anak panah. Struktur badannya ringkas, diselaputi oleh lapisan kutikel, lut cahaya dan terbahagi kepada kepala, badan dan ekor. Cacing anak panah tidak mempunyai sistem peredaran darah, sistem pernafasan atau sistem pertukaran gas yang khusus dan hanya mempunyai sistem saraf yang ringkas. Terdapat lebih 120 spesies cacing anak panah yang telah dikenal pasti dan semuanya terdiri daripada zooplankton. Cacing anak panah merupakan pemangsa rakus yang memakan zooplankton kecil seperti kopepod dan krustasia kecil yang lain. Sinonim ketognata. |
dinoflagellate | dinoflagelat | Sains Marin | Tiada | Kumpulan eukariot berflagela daripada filum Dinoflagellata. Kebanyakan dinoflagelat merupakan organisma fitoplankton yang berupaya menghasilkan makanannya sendiri melalui fotosintesis. Terdapat juga dinoflagelat yang hidup sebagai endosimbion kepada organisma lain seperti zooxantela yang hidup di dalam tisu karang. Sebahagian spesies dinoflagelat berupaya menghasilkan bioluminasi dan biasanya berwarna hijau kebiruan. Sebahagian dinoflagelat juga berbahaya kerana mengandungi toksin dan memberikan impak yang besar kepada sekitaran apabila berlaku fenomena blum alga yang disebut sebagai kembangan merah. |
comb jellies | ubur-ubur sikat | Sains Marin | Tiada | Kumpulan organisma marin filum Ctenophora yang berbentuk gelatin (jeli). Ubur-ubur ini mempunyai ciri-ciri yang agak sama dengan ubur-ubur (jellyfish) tetapi tiada tentakel sengat (cnidosit). Ciri utama haiwan ini ialah ia mempunyai barisan silia berupa "sikat" yang digunakan untuk berenang. |
hermatyphic coral | karang hermatifik | Sains Marin | Tiada | Spesies karang di bawah order Scleractinia (filum Cnidaria) yang mengeluarkan bahan berkapur (kalsium karbonat) sebagai rangka badan yang seterusnya menjadi struktur asas pembinaan terumbu karang. Olehitu, karanghermatifikdikenalijugasebagaiorganisma karang pembina terumbu. Spesies karang ini juga dirujuk sebagai karang keras. Contohnya, karang Acropora, Millepora, Heliopora dan sebagainya. Banding karang hermatifik. |
boring organism | organisma penggerek | Sains Marin | Tiada | Organisma infauna yang mempunyai keupayaan menggerek ke dalam substratum seperti kayu, batu karang dan substratum keras yang lain. Ahli-ahli daripada beberapa filum seperti Porifera, Annelida, Arthropoda, Moluska dan Echinodermata diketahui mempunyai adaptasi untuk cara hidup ini. Organisma penggerek dapat dibahagikan kepada jenis yang berbeza berdasarkan keupayaan untuk menggerek substratum yang berbeza, sama ada secara mekanikal atau secara kimia. Kerosakan yang disebabkan oleh organisma penggerek kepada struktur binaan (terutamanya kayu) di persekitaran marin disebut sebagai hakisan biologi. Kerosakan yang disebabkan oleh organisma penggerek memberikan impak besar kepada ekonomi dan industri maritim. |
coral | karang | Sains Marin | Tiada | Batu kapur yang terdiri daripada bahan-bahan yang dihasilkan oleh haiwan-haiwan kecil di dalam laut. Karang ialah invertebrat laut daripada spesies Anthozoa, kelas filum Cnidaria yang biasanya hidup dalam bentuk koloni. |
coral reef | terumbu karang | Sains Marin | Tiada | Satu ekosistem laut yang sangat tinggi kepelbagaian biologi- nya yang dibentuk oleh organisma karang di kawasan laut tropika yang rendah kandungan nutriennya. Organisma karang ialah haiwan di bawah filum Cnidaria yang merupakan polip kecil yang hidup secara koloni dan merembeskan bahan berkapur yang membentuk terumbu tersebut. Terdapat berbagai spesies karang yang menghasilkan rangka yang pelbagai rupa dan bentuk. Ini menjadikan terumbu karang satu ekosistem yang bersifat tiga dimensi, dan menyediakan ruang dan habitat untuk berbagai-bagai spesies hidupan laut untuk tinggal dalam ekosistem tersebut. |