Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fir.daus] | فردوس

Definisi : 1. syurga kedua; 2. taman kesenangan (tempat Adam dan Hawa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fir.daus] | فردوس

Definisi : 1 syurga yg pertama. 2 taman kesenangan (tempat Adam dan Hawa). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata firdaus


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
heroismkewiraan/heroismeKesusasteraanPuisiAliran dalam penciptaan puisi yang menerapkan unsu kewiraan. Heroisme seseorang tokoh sejarah atau legenda dilihat daripada segi keberanian. kepahlawanan dan juga kegagahannya. Contohnya, puisi ''Pasir Salak'' karya Firdaus Abdullah yang menceritakan tentang kewiraan Datuk Matiarajalela. Langkah pendekar langkah berisi langkah pahlawan tak kenal gentar rawana lnggeris hendak dicari hendak dipenggal hendak dikelar. Pendekar gagah pendekar berani Ngah Jabor serta Tuk Sagor gagah pendekar tak takut mati Walau selangkah berpantang undur. Maharajalela, Maharajalela jika memancung tiada bertanya kobarkan semangat biar menyala tuntutlah mali tuntutlah bela.
narrative poetrysajak kisahKesusasteraanPuisiPuisi yang isi atau persoalannya menceritakan atau mengisahkan sesuatu seperti tokoh, objek, kejadian, pengalaman dan sebagainya. Tema dan persoalan yang dikisahkan oleh penyair dalam sajaknya itu mungkin didasarkan kepada sesuatu yang benar atau mungkin hanya rekaannya sahaja. Contohnya, sajak "Fatamorgana" dalam kumpulan Balada Seberang Benua karya Firdaus Abdullah. Sinonim puisi kisahan, sajak naratif.
conflictpertikaianKesusasteraanPuisiPertentangan yang ada kalanya bersifat lahiriah dan ada kalanya bersifat batiniah. Dalam puisi, pertikaian secara lahiriah ini jarang sekali dimunculkan oleh penyairnya berbanding dengan prosa. Kebiasaannya seseorang penyair itu lebih banyak menyuarakan perasaan hatinya apabila berhadapan dengan sesuatu yang kurang disenanginya. Contohnya, petikan daripada puisi "Perspektif' dalam antologi Bunga Gerimis karya Firdaus Abdu llah. malam bersama menung tidak berhujung siang bersama sesal seribu pangkal.

Kembali ke atas