balanced budget | belanjawan terimbang | Ekonomi | Tiada | Belanjawan kerajaan yang jumlah hasilnya sama dengan jumlah perbelanjaannya bagi sesuatu jangka masa biasanya bagi satu tahun fiskal. Keadaan ini merupakan suatu yang unggul dan menjadi asas kepada dasar fiskal yang teguh serta dapat mengekalkan kepercayaan perniagaan. |
fiscal policy | dasar fiskal | Ekonomi | Tiada | Dasar kerajaan untuk mempengaruhi kegiatan ekonomi dan seterusnya pertumbuhan ekonomi melalui perubahan perbelanjaan kerajaan dan sistem cukai. Umumnya, kerajaan akan menambahkan perbelanjaannya dan menurunkan kadar cukai untuk mengatasi masalah deflasi atau kemelesetan ekonomi. Sebaliknya, kerajaan akan mengurangkan perbelanjaannya dan menaikkan kadar cukai untuk mengatasi inflasi. |
economic instrument | instrumen ekonomi | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Fiskal dan bentuk insentif lain serta bukan insentif yang digabungkan dengan kos alam sekitar dan keuntungan dalam perbelanjaan perniagaan dan isi rumah. Instrumen ekonomi bertujuan untuk menggalakkan pengeluaran yang mesra alam sekitar, kemampanan penghasilan dan penggunaan melalui harga kos penuh. |
deficit budget | belanjawan defisit | Ekonomi | Tiada | Dasar belanjawan kerajaan yang jumlah perbelanjaannya melebihi jumlah hasil bagi satu tahun fiskal. Keadaan ini berlaku apabila kerajaan mengurangkan cukai atau meningkatkan perbelanjaan, atau kedua-duanya sekali. Defisit tersebut biasanya dibiayai melalui pinjaman. Sinonim belanjawan kurangan. |
surplus budget | belanjawan lebihan | Ekonomi | Tiada | Dasar belanjawan kerajaan yang jumlah hasilnya melebihi jumlah perbelanjaan bagi satu tahun fiskal. Belanjawan ini mungkin dicapai dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan atau menaikkan cukai, atau kedua-duanya sekali. |
demand-side economy | ekonomi sebelah permintaan | Ekonomi | Tiada | Falsafah ekonomi yang mempercayai bahawa keseimbangan guna tenaga penuh hanya boleh dicapai dengan mengubah komponen permintaan agregat. Saranan utama fahaman ini menyatakan perlunya dasar fiskal membawa ekonomi keluar daripada masalah kemelesetan. |
environmental-economic | ekonomi alam sekitar | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Subbidang ekonomi yang merangkumi pengeluaran, logistik dan perdagangan termasuk penggunaan barang dan perkhidmatan oleh pelbagai pihak. Ekonomi persekitaran memberi penekanan impak fiskal kewangan terhadap dasar alam sekitar. |
Keynesian economics | ekonomi Keynes | Ekonomi | Tiada | Fahaman ekonomi tentang penentuan pendapatan negara dan guna tenaga yang melibatkan komponen sektor benar. Saranan utamanya adalah ekonomi mungkin mencapai keseimbangan walaupun terdapat pengangguran, dan dengan merangsang permintaan agregat, kemelesetan ekonomi dapat dipulihkan. Mengikut fahaman ini, dasar fiskal melalui cukai dan perbelanjaan kerajaan adalah yang paling baik untuk mengatasi masalah kemelesetan ekonomi. Lihat juga model Keynes. Sinonim sistem Keynes. |