Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fit.rah]/[fit.rah] | فطره

Definisi : Ar zakat (berupa beras, wang, dll) yg diwajibkan ke atas setiap umat Islam menyumbangkannya dlm bulan puasa (sebelum 1 Syawal);berfitrah membayar (mengeluarkan) fitrah;memfitrahkan mengeluarkan fitrah utk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fit.rah]/[fit.rah] | فطره

Definisi : Ar 1. tabii, bakat, pembawaan: memang ~ manusia untuk berkasih sayang antara satu sama lain, terutamanya pd ahli keluarga sendiri; 2. perasaan keagamaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fit.rah]/[fit.rah] | فطره

Definisi : zakat berupa beras, wang dll yg wajib dikeluarkan oleh setiap umat Islam pd bulan puasa (sehingga sebelum sembahyang raya); zakat badan. berfitrah membayar fitrah; mengeluarkan fitrah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fitrah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
shi�r ?l-f?khrshi�r ?l-f?khrKesusasteraanTiadaPuisi Arab yang bertemakan kebanggaan. Puisi ini menjadi nadi kesusasteraan Arab klasik. Menurut sebahagian pengkritik sastera, tema puisi ini merentasi tema yang lain seperti shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?�. Shi�r ?l-f?khr berbeza dengan shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?�. Melalui Shi�r ?l-f?khr, seseorang penyair merakamkan kelebihan peribadi dan komuniti masyarakat yang diwakilinya dengan penuh kebanggaan, sedangkan shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?� merupakan tradisi penyair yang mencari habuan dengan menyanjung individu tertentu dan mencela orang lain. Pada zaman ini, menjadi fitrah atau tabii bagi kabilah Arab mengangkat kedudukan kabilah masing-masing. Contohnya ialah kebanggaan Hatim al-Ta�i, seorang sasterawan Jahiliah terhadap kemuliaan peribadi dan sikap pemurahnya sendiri. Pada zaman Islam dan seterusnya, kebanyakan penyair Islam dan al-muwalladun (penyair bukan Arab yang dilahirkan di rantau Arab) telah menghasilkan shi�r ?l-f?khr yang dibuat-buat, tidak seperti pada zaman Jahiliah. Fenomena ini berpunca daripada faktor perbezaan fahaman politik dan parti antara satu golongan dengan golongan yang lain. Oleh yang demikian, shi�r ?l-f?khr pada zaman ini mengandungi mesej shi�r ?l-hij?�. Antara pencipta shi�r ?l-f?khr ialah Imru�al-Qays (Diwan, zaman Jahiliah) dan Abdullah ibn Amir (Diwan, zaman awal Islam). Lihat juga shi`r ?l-?am?s?h, shi`r ?l-m?d?.

Kembali ke atas