Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fi.tur] | فيتور

Definisi : ciri (bentuk, sifat) yg tertentu: kita tidak peka kpd ~ alam kebendaan ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fitur


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
feuture sheethelaian fiturArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiMaklumat pada borang yang mengandungi data yang berkaitan fitur. Helaian fitur terbahagi kepada dua bahagian, iaitu huraian data fitur dan lakaran kasar fitur. Maklumat yang dicatat melibatkan keadaan fitur, ukuran jarak , material, persekitaran fitur dan hipotesis. Maklumat pada helaian fitur ini disertai dengan foto sebagai rekod. Helaian ini penting kerana perubahan pada struktur fitur semasa dan selepas gali cari dapat dikesan seperti keadaan asal. Maklumat yang dicatatkan dalam helaian fitur ini perlu disahkan oleh pengarah lapangan atau penyelia petak.
literary convensionkonvensi sasteraKesusasteraanTiadaAlat atau tatacara sastera yang dipersetujui dan disepakati bersama oleh pengarang dan pembaca, termasuklah penerimaan pembaca bahawa setiap bentuk karya mempunyai ciri-ciri yang khusus. Konvensi sastera juga merujuk kepada fitur-fitur khusus seperti tema, watak, bentuk dan teknik yang wujud berulang kali dalam karya sastera.
distinctive featureciri distingtifLinguistikTiadaCiri distingtif: Fitur fonetik sesuatu ujaran yang bersifat fonemik. Contohnnya, fitur bersuara dan tidak bersuara [p] dan [b] dalam [para] dan [bara] dianggap fitur distingtif.
featurefiturArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiData arkeologi yang berhubungan dengan budaya manusia. Data ini merujuk kepada sebarang peninggalan yang terdapat di atas permukaan tanah dan tidak berubah. Sekiranya berlaku sebarang perubahan data ini dianggap terganggu. Data fitur yang pertama kali ditemui harus direkodkan selengkap mungkin dengan disertai gambar foto sebagai bukti keadaan asalnya. Contoh fitur seperti dinding kota, struktur binaan, kuburan, nisan, lubang sampah dan lubang liang.
metrical analysisanalisis ukuranArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTumpuan kepada aspek pengukuran terhadap sesuatu artifak dan fitur. Antara sasaran analisis ialah ukuran panjang, lebar, tebal, tipis dan diameter. Kaedah ini dapat menentukan ciri khusus seperti kategori dan zaman kepada sesuatu artifak dan fitur. Contohnya, pengukuran terhadap kapak batu dan kapak batu persegi empat panjang dilakukan untuk menentukan ciri kategori dan zamannya. Analisis ukuran terhadap tembikar tanah dilakukan untuk mengenal pasti fungsinya sama ada sebagai tempat menyimpan atau memasak.
probe toolcucukan dugaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat untuk mencucuk ke bawah permukaan tanah bagi mengesan tinggalan artifak dan fitur semasa survei dijalankan. Alat yang biasa digunakan ialah batang besi yang berhujung tajam. Cucukan yang terhalang berkemungkinan menandakan terdapatnya objek atau fitur di bawah permukaan tanah tersebut.
inherent distinctive featurefitur distingtif hakikiLinguistikTiadaTiada
flat resonant distinctive featurefitur pembeza nyaring datarLinguistikTiadaTiada
oral resonant distinctive featurefitur distingtif nyaring oralLinguistikTiadaTiada
grave resonant distinctive featureciri distingtif nyaring grava/fitur distingtif resonan gravaLinguistikTiadaTiada
1234

Kembali ke atas