flat-head engine | tiada | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | lihat: L-head engine. |
flat character | watak pipih | Kesusasteraan | Tiada | Watak yang tidak mengalami sebarang perubahan di sepanjang cerita. Watak pipih merujuk kepada dua watak yang berbeza yang terdapat dalam naratif atau drama. Watak ini biasanya wujud apabila pengarang lebih menekankan sesuatu sifat tertentu watak tersebut tanpa menyerlahkan ciri khusus yang membezakannya dengan watak lain. Watak pipih dianggap watak statik dan sering dikenali sebagai tipa. Lihat juga tipa, watak bundar. |
flat bone | tulang leper | Sains Sukan | Biomekanik | Tulang yang berbentuk nipis dan rata, yang banyak terdapat di bahagian tengkorak dan rusuk. |
flat amount | amaun rata | insurans | Tiada | Amaun faedah atau bayaran premium yang tidak berubah. |
flat deductible | deduktibel rata | insurans | Tiada | Amaun tetap yang ditolak daripada kerugian atau tuntutan dan tidak berbentuk deduktibel francais ataupun deduktibel lenyap. |
flat maternity benefit | faedah bersalin rata | insurans | Tiada | Faedah yang telah ditetapkan dalam polisi bayaran balik perbelanjaan hospital yang dibayar untuk bersalin tanpa mengambil kira kos sebenarnya. |
flat commission | komisen rata | insurans | Tiada | Skel komisen standard yang dibayar kepada ejen tanpa diambil kira jenis pendedahan atau polisi. |
flat cancellation | pembatalan rata | insurans | Tiada | Polisi yang dibatalkan dari tarikh penguatkuasaannya. Biasanya bayaran premium dikenakan. |
flat bottom holes (FBH) | lubang bawah mendatar (FBH) | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Blok penentukuran piawai yang digunakan dalam kaedah ultrasonik bagi menentukan tahap kepekaan prob semasa pemeriksaan bahan. Blok ini mempunyai lubang-lubang bawah mendatar yang bergaris pusat dan berkedalaman tertentu. Banding lubang gerudi sisi. |
flat sandal | sandal leper | Fesyen | Tiada | Sejenis kasut yang bertapak rata, nipis dan sekata. |