phloem | floem | Botani | Tiada | Tisu vaskular yang terdiri daripada unsur tapis, sel rakan, sel parenkima dan gentian floem. Fungsinya adalah untuk mengangkut bahan makanan dalam tumbuhan. Floem biasanya hadir bersama-sama xilem dalam satu berkas vaskular. Lihat juga floem primer, floem sekunder. |
phloem loading | pemuatan floem | Botani | Tiada | Pemindahan asimilat dari sel mesofil daun kepada unsur tiub tapis tisu floem. Semasa pemuatan floem, sel mesofil berada pada potensi osmotik yang rendah berbanding dengan unsur tiub tapis. Oleh itu, pemuatan floem memerlukan input tenaga untuk menggerakkan zat pelarut ke bahagian yang tinggi kepekatannya. Pemindahan ini menghasilkan penambahan potensi osmotik dalam unsur tiub tapis. Seterusnya menghasilkan keupayaan tenaga untuk menggerakkan asimilat secara arus jisim. Pemindahan ini juga melibatkan pergerakan gula dari simplas sel mesofil kepada apoplas dan seterusnya kepada simplas sel floem. |
metaphloem | metafloem | Botani | Tiada | Floem primer yang terbentuk selepas protofloem. Bagi tumbuhan yang melalui pertumbuhan sekunder, metafloem terbentuk sebelum floem sekunder tumbuh, metafloem mengandungi sel rakan, sel parenkima dan unsur tapis yang biasanya lebih panjang dan luas ukuran diameternya daripada yang terdapat dalam protofloem. Lihat juga floem primer, floem sekunder, protofloem. |
secondary phloem | floem sekunder | Botani | Tiada | Floem yang terbentuk daripada kambium vaskular dalam tumbuhan yang mengalami pertumbuhan sekunder. Floem ini tersusun dalam dua sistem, iaitu sistem aksial dan sistem ruji atau pancaran. Sistem aksial berasal daripada sel permula fusiform yang terdapat dalam kambium vaskular. Sistem ini terdiri daripada unsur tapis, sel rakan dan gentian floem. Sistem ruji atau pancaran pula terdiri daripada sel-sel yang terbentuk daripada sel pemula ruji yang juga terdapat dalam kambium vaskular. Sistem ini terdiri daripada parenkima ruji. Lihat juga kambium vaskular. |
primary phloem | floem primer | Botani | Tiada | Floem yang terbentuk daripada prokambium dalam zon pertumbuhan primer tumbuhan. Floem primer terdiri daripada protofloem yang terbentuk lebih awal dan metafloem yang terbentuk kemudiannya. |
bast phloem | floem basta | Pertanian | Agronomi | Floem yang mengandungi gentian yang memberi sokongan struktur kepada tumbuhan. Fungsi floem dalam tumbuhan adalah untuk menyalurkan makanan yang dihasilkan melalui fotosintesis dari daun ke bahagian lain pada tumbuhan. Lihat juga basta. |
phloem | floem | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Tisu vaskular yang terdiri daripada sel tapis, parenkima, sklereid dan gentian yang mengangkut makanan yang disintesis dalam tumbuhan. Floem yang terbentuk daripada meristem primer disebut floem primer, dan yang terbentuk daripada kombium di sebut floem sekunder. |
included phloem | floem terkandung | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Bebenang atau lapisan floem yang terkandung di dalam xilem sekunder setengah-setengah kayu dikotiledon yang disebabkan oleh pertumbuhan kambium yang tidak normal. Floem terkandungan terbahagi kepada dua jenis, iaitu jenis foraminat dan sepusat. |
centripetal included phloem | floem terkandung sepusat | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Floem terkandung yang mengandungi kambium berusia singkat, yang apabila mati diganti oleh tisu meristem baru. Tisu ini berkembang di dalam perisikel atau konteks , dan mengandungi struktur batang muda. Jenis kayu begini mempunyai zon xilem dan zon floem yang berselangan. |
concentric bundle | berkas sepusat | Botani | Tiada | Berkas vaskular yang floem atau xilemnya mengelilingi salah satu di antaranya. Berkas ini dinamakan amfikribal apabila floem mengelilingi xilem, dan amfivasal apabila xilem mengelilingi floem. Apabila dibuat keratan rentas, berkas ini menunjukkan susunan sepusat. |