phytobenthos | fitobentos | Sains Marin | Tiada | Flora yang hidup di dasar laut. Lihat juga bentos. |
macroplankton | makroplankton | Sains Marin | Tiada | Komponen plankton (fauna dan flora) yang bersaiz agak besar dan dapat dilihat dengan mata kasar. Secara definisinya makroplankton ialah plankton yang bersaiz di antara 2-20 mm. Contohnya, krustasia dan ubur-ubur. |
megaplankton | megaplankton | Sains Marin | Tiada | Komponen plankton (fauna dan flora) yang bersaiz paling besar, iaitu melebihi 2000 mikrometer (20 cm). Contohnya, ubur-ubur, sotong, kril dan sebagainya. |
picoplankton | pikoplankton | Sains Marin | Tiada | Komponen plankton (fauna atau flora) yang bersaiz di antara 0.2-2 mikrometer. Contohnya, pelbagai protista kecil, bakteria, alga atau organisma prokariota dan eukariota yang lain. |
femtoplankton | femtoplankton | Sains Marin | Tiada | Komponen plankton, termasuk fauna dan flora yang bersaiz kurang daripada 0.2 mikrometer. Contohnya, virus dan bakteria yang mendiami turus air. |
forestry-tourism management | pengurusan pelancongan hutan | Pelancongan | Tiada | Pengurusan pelancongan yang berasaskan sumber hutan seperti flora dan fauna. |
benthos | bentos | Sains Marin | Tiada | Organisma yang hidup di bahagian bentik atau dasar laut, sama ada di permukaan, di dalam atau berhampiran dengan sedimen dasar. Organisma bentos merangkumi kedua-dua komponen flora dan fauna. Contohnya, fauna bentos seperti cacing poliketa, pelbagai spesies krustasia, pelbagai spesies moluska, serta spesies ikan dasar laut seperti ikan sebelah, ikan pari dan sebagainya. Contoh flora bentos pula seperti rumput laut, rumpai laut dan pelbagai jenis alga. |
Brussels lace | renda Brussels | Kesenian | Hiasan Dalaman | Renda tuntung jarum atau renda biku yang biasanya bercorak flora dan dilingkari tali pintal yang ditampal hias pada fabrik net halus. |
landscape resources | sumber jaya landskap | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Ciri-ciri yang membentuk sesuatu rupa bumi seperti pemandangan, tumbuhan (flora), fauna, dan bentuk muka bumi. |
national park | taman negara | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Kawasan yang telah diisytihar sebagai hutan dara yang ditakrifkan sebagai warisan negara untuk melindungi flora dan fauna. |