focal spot size | saiz titik fokus | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Kawasan yang terdapat pada permukaan sasaran anod yang menerima alur elektron daripada filamen katod. Saiz titik fokus menentukan ketajaman imej radiograf pada filem. Semakin kecil saiz titik ini, semakin tajam imej diperoleh. Julat saiz titik fokus adalah dari 0.1 mm hingga 3 mm. Sinonim titik fokus, titik fokus terma. |
focal spot | titik fokus | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Lihat saiz titik fokus. |
micro focus X-ray tube | fokus mikro tiub sinar-X | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Peranti tiub sinar-X yang mempunyai titik fokus bersaiz mikro pada sasaran anod. Saiz titik fokusnya kurang dari 0.1 mm. Peranti ini digunakan secara meluas dalam industri elektronik. |
focal visual system | sistem visual fokus | Sains Sukan | Biomekanik | Sistem visual tahap lanjutan yang melibatkan laluan saraf ke korteks visual primer di serebrum. Kawalan sistem visual fokus berlaku secara sedar. Fungsi sistem ini adalah untuk pengimejan dan tumpuan visual terhadap pergerakan. |
focusing cup | cawan fokus | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Komponen di dalam tiub sinar-X yang mempunyai medan magnet dan berfungsi untuk memfokuskan alur elektron dari katod, tepat ke arah titik fokus pada sasaran. |
conoid of sturm | konoid sturm | Sains Kesihatan | Tiada | Kelompok cahaya yang terbentuk daripada biasan sistem optik astigmatisme, terdiri daripada garis fokus primer, bulatan keliru terkecil dan garis fokus sekunder. |
amacrine cell | sel amakrin | Sains Sukan | Biomekanik | Sekumpulan sel khusus dalam sistem visual fokus. Contohnya, sekiranya terdapat dua pasukan bola sepak yang menggunakan jersi-jersi berwarna hitam dan biru gelap, sistem ini membolehkan pemain membezakan warna jersi pasukannya daripada warna jersi pasukan lawan. Lihat juga sistem visual fokus. |
image magnification | pembesaran imej | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Proses menukar imej radiograf menjadi lebih besar daripada asal apabila jarak antara bahan uji dengan filem dibesarkan dan jarak titik fokus dengan objek dipendekkan. Kaedah ini hanya boleh dilakukan dengan menggunakan mesin sinar-X bertitik fokus mikro. Formula bagi pembesaran adalah seperti yang berikut: M = (a+b)/a, M = pembesaran, a = jarak antara titik fokus ke objek, b = jarak antara objek ke pengesan imej. |
focus | fokus | Kesusasteraan | Puisi | Lihat pemusatan. |
focus | fokus; wujud (teori Gestalt) | Kimia | Tiada | 3. Titik pada mana sinar menumpu bertemu atau dari mana sinar mencapah diandaikan dihalakan. |