folder | folder | Teknologi Maklumat | Perisian | Tempat menyimpan fail dan objek data lain dalam sesebuah sistem perkomputeran. Folder biasanya dinamakan dengan nama yang mudah dikenal pasti bagi memudahkan pengguna komputer menyusun pelbagai fail dengan kemas dan tersusun. Dalam persekitaran DOS dan UNIX, folder dikenali sebagai direktori. |
folder | folder | Teknologi Maklumat | Tiada | Satu teknik pengurusan fail yang menyusun fail-fail dalam satu bekas logik. Kebiasaannya fail ini akan disusun mengikut kategori penggunaan. Contohnya folder control panel mengandungi sekumpulan fail aplikasi. Lihat direktori. |
folder | folder | Teknologi Maklumat | Tiada | Ikon yang melambangkan direktori yang menyimpan sekumpulan fail dan/atau subdirektori. |
folder | folder | Teknologi Maklumat | Tiada | Tiada |
folder | pelipat | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
folder | pelipat | Perpustakaan | Tiada | Tiada |
folder | pelipat | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
folder | selongsong | Komunikasi | Tiada | Sampul yang diperbuat daripada kertas keras dan digunakan untuk menyimpan maklumat penting. Saiz sampul ini biasanya lebih besar daripada saiz risalah. Sampul ini juga boleh digunakan sebagai tempat untuk menyimpan gambar. |
folder | fail lipat | Komunikasi | Korporat | Sampul yang digunakan untuk menyimpan maklumat organisasi atau sesuatu acara. Sampul ini boleh diperbuat daripada kertas, kanvas, atau plastik. Saiz sampul biasanya lebih besar daripada saiz kertas biasa yang diselitkan. Dalam komunikasi korporat, fail lipat berfungsi sebagai tempat mengisi maklumat mengenai organisasi atau bahan mesyuarat, kursus, atau seminar yang diedarkan kepada khalayak yang berkaitan dan berkepentingan kepada organisasi, seperti pelawat atau pihak media. Bahagian kulit hadapan fail lipat biasanya mempunyai reka bentuk dan warna yang melambangkan citra organisasi. Sinonim selongsong. |
folder | selongsong | Komunikasi | Korporat | Lihat fail lipat. |