superovulation | pensuperovulan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses pembentukan lebih banyak folikel di ovari dan pengeluaran ovum dari folikel tersebut. Pensuperovulan melibatkan pemberian hormon kepada haiwan betina. Hormon yang lazim digunakan dalam pensuperovulan ialah hormon perangsang folikel. |
ovulation | pengovulan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses pelepasan ovum dari folikel Graaf. Pelepasan ovum ini dipengaruhi oleh pengeluaran hormon peluteinan dari kelenjar pituitari. Hormon peluteinan ini akan menyebabkan folikel Graaf pecah bagi membebaskan ovum. |
oocyte | oosit | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Gamet betina yang tidak matang serta mengalami proses mitosis. Proses pematangan oosit berlaku dalam folikel di ovari. Oosit terbentuk dengan adanya folikel serta sel granulosa dan sel teka. Kedua-dua sel ini membantu dalam pembentukan oosit dan penghasilan hormon. |
oocyte maturation | kematangan oosit | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses pematangan gamet betina yang dikenali sebagai oosit. Proses ini berlaku dalam folikel di ovari. Pada peringkat akhir kematangan, oosit akan dikeluarkan dari folikel Graaf (pengovulan) bagi membolehkan oosit disenyawakan. |
ovulation | ovulasi/pengovulan | Kejururawatan | Tiada | Proses pembebasan ovum dari folikel Graaf di ovari. Biasanya berlaku kepada wanita dewasa dalam tempoh lebih kurang 28 hari. |
boil | bisul | Herba | Fitoterapi | Jangkitan pada kulit yang bermula pada folikel rambut atau kelenjar minyak dan kelihatan seperti jerawat yang besar dan mempunyai mata bernanah di hujungnya. Bisul selalunya disebabkan oleh bakteria Staphylococcus aureus. |
corpus luteum | korpus luteum | Kejururawatan | Tiada | Tisu glandular dalam ovari yang dibentuk pada tapak folikel Graaf yang memecah selepas ovulasi. Tisu ini akan merembeskan hormon progesteron, yang menyediakan uterus untuk implantasi. Jika implantasi gagal, penghasilan progesteron dari tisu ini akan merosot. |
releasing hormone | hormon pembebasan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Hormon yang berfungsi untuk mengawal pembebasan hormon lain sama ada secara merangsang atau merencatkan pembebasannya. Contohnya, hormon pembebasan gonadotropin (GnRH) yang bertanggungjawab terhadap penghasilan hormon perangsang folikel (FSH) dan hormon peluteinan (LH) dari pituitari anterior. |