Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[for.ma.si] | فورماسي

Definisi : susunan (sekumpulan orang atau benda) dgn bentuk tertentu sambil melakukan pergerakan: selepas itu diperkenalkan pula ~ 4-4-2 serta 3-3-4, sistem piramid dsb; ~ penerbangan corak atau pola penerbangan yg terbentuk oleh dua buah pesawat udara atau lebih yg terbang bersama-sama, biasanya dilakukan sbg pertunjukan dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata formasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cavernous formationformasi geguaKejuruteraanTiadaFormasi yang mempunyai rongga kosong yang besar atau mempunyai pori-pori yang bersaiz besar. Rongga-rongga ini terbentuk akibat pelarutan oleh air formasi. Air formasi ini mungkin mengisi pori-pori dalam formasi tersebut.
tableautabloKesusasteraanTiadaFormasi tertentu yang dibentuk secara berkumpulan, terutamanya dalam drama dan tarian. Tablo membawa makna tertentu, iaitu menggambarkan detik sejarah, pertarungan, atau kesengsaraan. Formasi tablo bermula secara statik, kemudian pelakon bergerak membentuk formasi lain yang secara kolektif akan menyampaikan tema bagi keseluruhan persembahan. Persembahan tablo biasanya dijadikan selingan terutamanya pada setiap akhir adegan dalam sesebuah drama.
elephant walklangkah gajahUmumTiadaPergerakan perlahan-lahan pesawat tentera sebelum berlepas dalam formasi rapat yang bertujuan untuk menunjukkan kekuatan ketenteraan.
continuous gas liftangkat gas berterusanKejuruteraanTiadaSalah satu kaedah angkat gas. Dalam kaedah ini sejumlah kecil isi padu gas yang bertekanan tinggi disuntikkan secara terus menerus ke dalam tetiub atau selongsong. Penyuntikan ini dilakukan melalui injap-injap yang dipasang pada tetiub. Tujuan penyuntikan ialah untuk meringankan terus bendalir sehingga tekanan dasar telaga berkenaan akan turut berkurangan. Dengan demikian akan dihasilkan perbezaan tekanan yang cukup besar di antara formasi berpenghasilan dengan dasar telaga sehingga mengakibatkan telaga yang berkenaan boleh berpenghasilan pada kadar alir yang dikehendaki. Sinonim: angkat gas aliran berterusan.

Kembali ke atas