portable document format (PDF) | format dokumen mudah alih (PDF) | - | Tiada | Format fail yang dibangunkan oleh Adobe Acrobat untuk memaparkan dokumen termasuk susun atur teks dan grafik yang tetap. Dokumen PDF bebas dipaparkan dan dibaca semula menggunakan pelbagai platform aplikasi. |
distributing result | keputusan edaran | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Laporan yang disediakan oleh pakar perubatan melalui aplikasi sistem tertentu dan diedarkan mengikut piawaian kesihatan aras 7 (HL7). Laporan daripada pelbagai format kepada format yang diiktiraf dapat diedarkan melalui sistem yang digunakan. |
CD interactive (CD-I) | interaktif CD | Teknologi Maklumat | Tiada | Format cakera padat yang dibangunkan oleh Philips dan Sony yang boleh menyimpan data, audio, video pegun dan grafik animasi. Format ini boleh menampung sehingga 144 minit stereo kualiti-CD, 9.5 jam stereo kualiti-radio-AM, atau 19 jam audio monofonik. Cakera CD-I perlu dimainkan pada pemacu/pemain CD-I yang kebiasaannya disambung kepada set televisyen. |
quarto | kuarto | - | Tiada | Format yang merujuk kepada empat halaman buku dicetak serentak. |
EPUB | EPUB | - | Tiada | Format fail dalam penyediaan e-buku dan teks yang dapat dioptimumkan untuk peranti tertentu mengikut pilihan pengguna.Singkatan bagi electronic publication. |
octavo | oktavo | - | Tiada | Format yang merujuk kepada lapan halaman buku dicetak serentak pada setiap belah helaian kertas cetak bersaiz standard, dan apabila dilipat akan menghasilkan kuras lapan helaian yang terdiri daripada 16 halaman. |
publishing design | reka bentuk penerbitan | - | Tiada | Format persembahan grafik atau reka letak bahan terbitan. |
food labelling | pelabelan makanan | Sains Kesihatan | Tiada | Format yang terdapat pasa bungkusan makanan yang memberi maklumat tentang pemakanan dan bahan yang digunakan. |
graphic novel | novel grafik | - | Tiada | Buku yang format kandungannya dalam bentuk komik. |
housestyle | gaya penerbitan | - | Tiada | Peraturan atau piawai yang berkaitan dengan ejaan, tipografi, format, persembahan dan elemen lain yang ditetapkan dalam penyediaan bahan terbitan. |