formula | formula | Kesusasteraan | Tiada | Frasa yang disusun dalam bentuk struktur tetap yang diulang dalam pengucapan harian sebagai sebahagian daripada ritual atau tatacara sosial. Formula juga merujuk kepada susunan perkataan yang diulang dalam bentuk, sukatan baris, dan isi yang identikal dalam sesebuah karya lisan, terutamanya dalam puisi naratif. Contohnya, puisi epik Home. Formula terdiri daripada pernyataan atau frasa kodi yang menjadi rujukan bersama oleh pengarang atau pencerita lisan. Bentuknya yang tetap dan bersukat menjadikan formula mudah dihafal dan diingat. Formula termasuklah frasa tetap untuk ucapan alu-aluan atau perpisahan, tahniah atau takziah. Dalam budaya tulisan, formula jelas terdapat dalam surat kiriman. Dalam kajian lisan, konsep formula mula diperkenalkan oleh Parry-Lord (1920 � 1960) ketika beliau mengkaji puisi Homer. Formula membantu proses penciptaan dan penyampaian lisan. Bahasa yang menggunakan formula disebut sebagai berungkapan tetap atau formulaik. Dalam tradisi lisan Melayu, formula digunakan untuk merujuk kepada ungkapan berpola yang digunakan untuk memerikan sifat, situasi atau babak tertentu. Contoh yang dipetik daripada Hikayat Awang Sulung Merah Muda ialah ungkapan berpola untuk memerikan babak, iaitu ketika menyahut panggilan raja: �yang capik datang bertongkat� �yang buta meraba-raba� �yang tuli leka bertanya� �yang kecil terambin lintang� Yang jarak tolak-tolakan� �yang pendek tinjau-meninjau� �yang kurap mengekor angin� Di samping itu, terdapat juga ungkapan yang seiras formulanya seperti yang dipetik daripada Hikayat Seri Rama: �maka ia pun menuntung tabuh larangan, gong pelaung, canang pemanggil, Maka berhimpunlah Temenggung, Laksamana, Orang Kaya Besar, Perdana Menteri, kecil dan besar, tua dan muda, laki-laki dan perempuan berhimpun...� Lihat juga formulaik. |
batch manufacturing formula | formula pengilangan kelompok | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Dokumen yang mengandungi maklumat saiz kelompok dan formula induk pengilangan kelompok sebenar yang meliputi nama bahan, jenis ramuan aktif atau eksipien, dan kuantiti setiap unit dos. |
master formula | formula induk | Herba | Tiada | Suatu dokumen atau set dokumen yang menerangkan kuantiti bahan pemula, bahan pembungkusan, tatacara dan langkah pengawasan untuk menghasilkan suatu kuantiti produk akhir yang tertentu. Formula ini juga mengandungi arahan pemprosesan dan kawalan dalaman proses bagi pembuatan produk herba. |
manufacturing formula | formula pengilangan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Dokumen yang mengandungi maklumat produk, senarai dan kuantiti bahan mula dan hasil yang dijangkakan. |
prismoidal formula | formula prismoid | Kejuruteraan | Tiada | Rumus yang digunakan dalam penghitungan kuantiti-kuantiti kerja tanah, dan menyatakan bahawa isi padu sebarang prismoid sama dengan satu per enam panjangnya didarab dengan hasil tambah dua luas hujung ditambah empat kali luas tengah. |
Snell’s law | hukum Snell | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Formula yang menerangkan hubungan antara sudut tuju dan sudut bias apabila gelombang melepasi sempadan antara dua media yang berlainan seperti air, keluli dan aluminium. Formula hukum Snell boleh diterangkan seperti yang berikut: C1/sinθi = C2/sinθt = C1/sinθr, Dengan C1 ialah halaju gelombang tuju dalam media 1 dan C2 halaju gelombang biasan dalam media 2. Manakala θi, dan θr masing-masing ialah sudut tuju, sudut biasan, dan sudut balikan. Sinonim sudut biasan, sudut pantulan, sudut tuju. |
Hoppus foot | kaki Hoppus | Perhutanan | Tiada | Unit sukatan isi padu bagi balak yang ditaksirkan dengan formula, (( lilit/4 )2 in x (panjang) ka ) / 144. Isi padu sebenar boleh didapati dengan menggantikan angka 144 dalam formula di atas dengan angka 133. |
formulaic verbal theory | teori formulaik lisan | Kesusasteraan | Tiada | Teori penciptaan lisan yang dipelopori oleh Millman Parry dan Albert Lord. Berdasarkan kajian mereka ke atas puisi Homer dan puisi lisan dari Yugoslavia, mereka mendapati bahawa proses penciptaan lisan bergantung pada penggunaan yang disebut sebagai formula a group of words which is regularly employed under the same metrical conditions to express a given essential idea. Penggunaan formula amat penting bagi sesuatu penciptaan lisan yang berlangsung secara spontan untuk mengelakkan penyampaian yang tersekat-sekat. Biasanya formula mempunyai bentuk frasa kodi yang bersukat, berentak, mudah dihafal serta diingat kembali oleh seseorang pencerita. Formula demikian bukan sahaja membantu hafalan dan penyampaian, tetapi mudah diubahsuai dalam setiap penyampaian. Proses penciptaan lisan juga melibatkan penciptaan semula cerita semasa penyampaian. Contohnya, Amin Sweeney dalam kajiannya tentang penciptaan sastera lisan Melayu, telah memperlihatkan bahawa setiap penyampaian cerita tidak pernah sama, walaupun bagi cerita yang sama. Hal ini demikian kerana tukang cerita akan melakukan improvisasi ke atas ceritanya. Cerita yang disampaikan bukanlah teks yang dihafal tetapi teks yang terdiri daripada formula tersirat bagi setiap tahap cerita. Kaedah penciptaan ini dikenali sebagai penciptaan skematik dan merupakan penciptaan lisan yang berbeza daripada penciptaan tulisan. Oleh sebab penciptaan tersebut, maka tidak terdapat satu versi lisan yang dianggap benar-benar tepat kerana setiap persembahan adalah unik dan berbeza. Lihat juga formula. |
amortization formula | rumus lunas | insurans | Tiada | Rumus untuk menentukan bayaran berkala bagi menyelesaikan pinjaman |
retrospective formula | rumus rizab retrospektif | insurans | Tiada | Rizab yang dikira berdasarkan lebihan nilai tumpukan premium yang telah dibayar ke atas tumpukan faedah yang diterima. |