photochemical switch | suis fotokimia | Fizik | Nanoteknologi | Suis molekul yang dirangsang oleh cahaya yang menyebabkan molekulnya dapat beralih di antara dua atau lebih keadaan tenaga atau struktur yang stabil dan dapat berbalik. Contohnya, kompleks rutenium (II) yang molekulnya dapat berbalik apabila cahaya ultralembayung 254 nm menjadi suis tertutup, dan apabila diberi cahaya 600 nm akan menjadi suis terbuka. Suis ini dapat digunakan dalam pembuatan komputer molekul. |
photostability | kefotostabilan | Kimia | Tiada | Kestabilan bahan kimia terhadap sebarang perubahan fotokimia. |
photodegradation | pemfotouraian | Kimia | Kimia Analisis | Penguraian sebatian oleh tindak balas fotokimia. Proses ini juga dikenali sebagai fotolisis. |
photobleaching | fotoluntur | Fizik | Nanoteknologi | Pemusnahan sifat fluorofor suatu bahan secara kaedah fotokimia yang dapat dikesan daripada kesukaran untuk mengamati molekul pendarfluor dan memberikan masalah terutamanya dalam mikroskopi masa-lesap. Kemusnahan ini dapat dikawal dengan mengurangkan keamatan cahaya atau memendekkan tempoh masa pendedahan cahaya, menambah kepekatan bahan fluorofor atau menggunakan fluorofor yang lebih berdaya tahan. Fotoluntur ini dapat dieksploitasikan untuk mengkaji pergerakan atau pembauran molekul. |
nanoswitch | nanosuis | Fizik | Nanoteknologi | Suis bersaiz molekul yang mampu melaksanakan tindakan buka dan tutup sistem elektronik pada skala pikosaat. Contoh proses nanosuis ialah kesan penerowongan, fotokimia, perubahan bentuk, dan kesan pemagnetan. |
molecular device | peranti molekul | Fizik | Nanoteknologi | Alat elektronik yang terdiri daripada gabungan bilangan diskret komponen molekul seperti supramolekul, direka untuk menghasilkan fungsi yang tertentu. Contohnya, suis fotokimia. |