artificial photosynthesis | fotosintesis buatan | Fizik | Nanoteknologi | Proses yang dilakukan oleh manusia dalam usaha meniru proses tabii fotosintesis bagi mensintesis karbohidrat daripada gas karbon dioksida, air dan tenaga cahaya matahari. Proses ini dibuat bertujuan untuk mendapatkan sumber tenaga alternatif daripada sinaran matahari. Terdapat beberapa pendekatan untuk menghasilkan fotosintesis buatan, salah satunya ialah sel suria elektrokimia yang menggunakan bahan semikonduktor TiO2 berstruktur nanozarah atau nanorod sebagai fotoanod. |
photosynthesis rate | kadar fotosintesis | Biologi | Tiada | Nisbah antara isi padu karbon dioksida yang diserap dengan isi padu oksigen yang dibebaskan oleh tumbuhan semasa fotosintesis, dalam masa tertentu. |
photosynthesis | fotosintesis | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Proses biokimia yang berlaku pada tumbuh-tumbuhan dan organisma lain yang mengandungi klorofil untuk mensintesis sebatian organik daripada karbon dioksida, air dan cahaya. |
leaf | daun | Herba | Tiada | Organ utama fotosintesis tumbuhan. Daun tumbuh daripada batang atau dahan dan terdiri daripada lamina dan tangkai daun. Daun utuh dalam bentuk kering atau segar digunakan sebagai bahan mentah herba selepas dikisar atau diserbukkan. Contohnya, daun misai kucing, daun teh, daun senamaki dan daun dukung anak. |
phytoplankton | fitoplankton | Perikanan | Akuakultur | Organisma autotrofik yang menghasilkan makanan sendiri secara fotosintesis dengan kehadiran klorofil. Fitoplakton seperti alga hijau digunakan sebagai makanan hidup dalam aktiviti pembenihan ikan dan udang. |
protozoa | protozoa | Perikanan | Akuakultur | Organisma satu sel yang paling ringkas dalam alam haiwan. Protozoa mempunyai ciri-ciri seperti tumbuhan, iaitu boleh melakukan fotosintesis. Kebanyakan protozoa bersaiz 10 – 52 mikron. Protozoa mendiami pelbagai tahap tropik dan boleh digunakan sebagai makanan hidup peringkat awal rega ikan hiasan. Contoh protozoa ialah Amoeba dan Paramesium. |
autotrophic algae | alga autotrofik | Sains Marin | Tiada | Alga yang dapat menghasilkan makanannya sendiri dengan mensintesiskan bahan organik menggunakan sumber tenaga daripada matahari (fotosintesis) atau tenaga kimia (kemosintesis). Banding alga heterotrofik. |
dinoflagellate | dinoflagelat | Sains Marin | Tiada | Kumpulan eukariot berflagela daripada filum Dinoflagellata. Kebanyakan dinoflagelat merupakan organisma fitoplankton yang berupaya menghasilkan makanannya sendiri melalui fotosintesis. Terdapat juga dinoflagelat yang hidup sebagai endosimbion kepada organisma lain seperti zooxantela yang hidup di dalam tisu karang. Sebahagian spesies dinoflagelat berupaya menghasilkan bioluminasi dan biasanya berwarna hijau kebiruan. Sebahagian dinoflagelat juga berbahaya kerana mengandungi toksin dan memberikan impak yang besar kepada sekitaran apabila berlaku fenomena blum alga yang disebut sebagai kembangan merah. |
photic zone | zon fotik | Sains Marin | Tiada | Bahagian atau zon paling atas lautan. Zon yang menerima penembusan cahaya matahari yang tinggi dan sebahagian besar proses fotosintesis berlaku di bahagian ini. Zon fotik juga merupakan kediaman bagi sebahagian besar hidupan laut (> 90%). Terdapat pelbagai ekosistem di zon ini seperti ekosistem rumput laut, ekosistem terumbu karang dan sebagainya. |
zooxanthellae | zooxantela | Sains Marin | Tiada | Zooxantela bersel tunggal yang hidup secara simbiosis dengan pelbagai invertebrat laut terutamanya karang, ubur-ubur, kima, nudibrankia dan berbagai-bagai spesies lain. Zooxantela menghasilkan makanan untuk perumahnya melalui proses fotosintesis. Lihat juga dinoflagelat. |